Jumaat, 21 November 2025
24.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Puasa 17 jam sehari rahsia Lee Hyori kekal langsing

    Memiliki bentuk badan yang langsing pada usia 46 tahun, ramai peminat mahu mengetahui rahsia yang diamalkan penyanyi Lee Hyori.

    Kata Hyori, 46, sudah 15 tahun dia berdisiplin dalam menjaga bentuk tubuh badannya dengan berpuasa selama 17 jam sehari.

    Jelas Hyori, dia juga akan melangkau sarapan dan hanya makan pada waktu tengah hari dan malam sahaja, menurut laporan mStar.

    Malah, dia dan keluarganya akan makan malam sebelum jam 6.30 petang kerana tidak gemar makan lewat malam.

    Tambah Hyori, keluarganya hanya makan di luar sekali-sekala, tetapi tidak pernah memesan penghantaran makanan walaupun sekali.

    Perkara itu dijelaskan Hyori ketika muncul sebagai tetamu dalam program Pinggyego yang dihoskan pengacara Yoo Jae Suk menerusi saluran YouTube. – Agensi

    Hyori berpuasa selama 17 jam sehari. – mStar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda