Saturday, December 28, 2024
24.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Puasa dan ‘OMAD’ rahsia Azira Shafinaz

    Intermittent fasting atau IF serta amalan diet one meal a day (OMAD) rahsia pelakon dan penyanyi Azira Shafinaz mengekalkan berat badan idealnya.

    Azira atau Azira Shafinaz Ramlan, 33, berkata, dia mempraktikkan IF selama 16 jam sehari dengan hanya satu jenis makanan selepas ‘berbuka’ puasa.

    Kebiasaannya kata Azira, dia akan berhenti mengambil sebarang makanan pada pukul 10 malam sehingga 2 petang keesokan harinya.

    “Jadi keseluruhannya saya berpuasa selama 16 jam dan tidak mengambil sebarang makanan,” katanya kepada mStar.

    Bagaimanapun akuinya, bukan mudah mengamalkan IF dan OMAD apatah lagi dia seorang yang suka mencuba pelbagai makanan.

    “Saya masih makan seperti biasa, cuma sekarang saya lakukan IF. Kadang-kadang sehari saya makan sekali sahaja.

    “Susah sangat nak buat perkara itu sebab saya ni suka makan, tapi saya tidaklah sampai tahap nak kena potong apa-apa jenis makanan atau tak ambil gula,” katanya.

    Sementara itu, berkongsi tentang penampilan, aktres itu berpuas hati dengan keadaan terkini fizikalnya dan tidak mahu dilihat terlalu kurus.

    “Tak banyak (turun berat badan), dalam tiga kilogram sahaja sebab saya tak nak dilihat terlampau kurus sampai nampak terlalu cengkung,” jelasnya. – Agensi

    Azira amal IF dan OMAD sebagai cara turunkan berat badan. – mStar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda