Saturday, May 10, 2025
31.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    PUBG, antara kerjasama dan perancangan strategik

    Oleh Zulkamal Haji Kamis

    PLAYER UNKNOWN Battle-grounds (PUBG) merupakan permainan pertempuran berkonsepkan online, di mana ia telah dicipta dan diterbitkan oleh PUBG Corporation, anak syarikat permainan video dari Korea Selatan, Bluehole.

    Permainan ini diilhamkan oleh Brendan Greene dengan menggabungkan mod permainan sebelumnya iaitu PlayerUnknown bersama dengan Battle Royale kemudian diperkembangkan menjadi sebuah permainan di bawah arahan kreatif penciptanya, Brendan Greene.

    Dalam permainan ini, beratus-ratus pemain akan mula beraksi dengan menggunakan payung terjun dari sebuah helikopter menuju ke sebuah pulau dan mencari serta mendapatkan peralatan senjata untuk membunuh pemain yang lain dan setiap pemain juga berusaha untuk mengelak diri mereka berada di zon bahaya yang boleh membunuh diri mereka sendiri.

    Pemain juga perlu berada di kawasan yang selamat khususnya di dalam peta permainan yang semakin mengecil dari semasa ke semasa, mengarahkan pemain yang masih hidup untuk terus mara ke kawasan yang lebih kecil bagi menggabungkan pemain lain yang masih hidup. Pemain atau kumpulan terakhir yang masih hidup akan memenangi pusingan permainan.

    Permainan ini pertama kali dikeluarkan dalam bentuk Microsoft Windows pada bulan Mac 2017. Pada bulan Disember, permainan ini dikeluarkan oleh Microsoft Studios untuk Xbox One melalui program Preview Game Xbox dan dilancarkan secara rasmi pada bulan September 2018. Pada tahun yang sama, permainan ini dikeluarkan dalam bentuk Playstation 4 sebagai tambahan kepada dua versi mudah alih yang berbeza untuk Android dan iOS.

    Permainan ini telah menerima sambutan yang hebat dalam kalangan pemain di mana lebih daripada 50 juta permainan ini telah dijual di semua platform menjelang bulan Jun 2018. Di samping itu, versi Windows telah mencatatkan kadar bilangan tertinggi bagi pemain yang bermain secara serentak iaitu sebanyak tiga juta pemain.

    Pemain perlu peka terhadap keadaan sekeliling dan menembak sesiapa sahaja yang ada di depan mata mereka.
    Antara karakter yang ada dalam permainan PUBG.

    Playstation 4 mengumumkan akan mengeluarkan permainan ini dalam bentuk Playstation 4 pada November dan telah merealisasikannya pada 7 Disember lalu.

    Bertahan untuk terus hidup

    Permainan ini merupakan satu bentuk permainan pertempuran antara para pemain, di mana pemain yang mempunyai strategi dan semangat berpasukan akan dapat bertahan lebih lama serta sekali gus memenangi pusingan permainan. Pemain boleh memilih sama ada untuk bermain secara individu atau secara berpasukan. Dalam kedua-dua mod, pasukan atau pemain yang bertahan akan memenangi perlawanan itu.

    Permainan bermula di mana setiap pemain akan terjun dari pesawat ke sebuah kawasan peta yang berukuran kira-kira 8×8 kilometer.

    Pemain perlu memilih kawasan yang baik untuk terjun di mana di awal permainan ini, pemain tidak dilengkapi dengan peralatan senjata dan apabila pemain mendarat, ia perlu mencari bangunan, rumah dan sebagainya untuk mencari peralatan senjata yang terbaik untuk membunuh pemain yang lain.

    Pemain lain yang berjaya dibunuh akan meninggalkan kelengkapan ‘gear’ yang boleh digunakan oleh pemain yang lain, malah pemain boleh memilih untuk bermain sama ada dari perspektif orang pertama atau ketiga di mana masing-masing mempunyai kelebihan dan kelemahannya tersendiri.

    Setelah beberapa minit, kawasan peta akan mengecil di mana pemain yang berada di zon yang tidak selamat boleh mengalami kerosakan yang berperingkat dan akhirnya boleh mati sendiri sekiranya pemain tidak sempat memasuki kawasan zon yang selamat. Pemain boleh melihat sendiri kawasan zon bahaya dengan zon selamat berdasarkan kepada garisan biru yang tertera di peta kawasan.

    Permainan ini memerlukan langkah strategik yang bernas daripada pemain di mana beberapa helikopter akan membuang bungkusan yang mengandungi barangan yang biasanya tidak dapat dikesan semasa permainan. Bungkusan ini biasanya memancarkan barisan merah yang sangat nyata dan berfungsi untuk menarik pemain yang lain untuk mendekatinya. Lazimnya, permainan ini hanya mengambil masa lebih daripada 30 minit sahaja.

    Pada akhir setiap pusingan, pemain akan memperoleh mata wang berdasarkan berapa lama mereka mampu bertahan, berapa banyak pemain lain yang telah berjaya dibunuh dan tahap kecederaan kepada pemain yang lain.

    Mata wang ini digunakan untuk membeli peti yang mengandungi barang-barang kosmetik bagi penyesuaian karakter atau senjata.

    Platform Playstation 4

    Setelah permainan ini diadaptasikan dalam bentuk Xbox, PUBG corporation menyatakan bahawa terdapat rancangan untuk menjadikan permainan ini dalam bentuk Playstation 4.

    Playstation 4 mengumumkan bahawa permainan ini akan dikeluarkan dalam bentuk Playstation 4 pada November lalu namun merealisasikannya pada pada 7 Disember lalu.

    Versi Playstation 4 dilengkapi dengan beberapa versi platform dan beberapa lagi barangan yang lain seperti pakaian untuk Nathan Drake dari siri Uncharted, bag Ellie dari The Last of Us.

    Untuk mengalami lebih lanjut akan keseronokan permainan ini, alami sendiri kehebatannya, dalam pelbagai platform malah permainan ini juga boleh dimainkan menggunakan telefon bimbit Android dan iOS.

    Serlahkan kehebatan anda, dalam PlayerUnknown Battle Ground.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda