Oleh Afiq Zainuddin –
Puding karamel merupakan hidangan pencuci mulut yang lembut, manis dan berperisa karamel. Hidangan ini diperbuat daripada campuran telur, susu dan gula, yang kemudian dimasak dengan teknik bain-marie (mandian air) untuk menghasilkan tekstur yang licin dan berkrim. Lapisan karamel di bahagian atas memberikan rasa manis yang berbeza dan aromatik.
Puding ini sangat sedap untuk dihidangkan malah bahan-bahan untuk membuatnya juga senang diperoleh.
Hidangan ini memiliki lapisan karamel yang dibuat dengan memanaskan gula hingga menjadi keperangan yang memberikan rasa manis dan sedikit pahit. Ia memiliki tekstur yang lembut yang mana tekstur pudingnya seperti kastard yang sangat halus dan mudah cair di dalam mulut.
BAHAN-BAHAN
Bercerita secara ringkas antara bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat puding karamel terbahagi kepada dua bahagian iaitu bahan untuk karamel adalah seperti 100g gula pasir dan dua sudu besar air, manakala bahan-bahan untuk puding pula adalah 500ml susu segar, empat biji telur, 100g gula pasir dan satu sudu teh esen vanila.
CARA PENYEDIAAN
Dari segi cara penyediaannya, mula-mula sediakan karamel. Dalam kuali panaskan gula bersama air dengan api sederhana sehingga gula cair dan bertukar warna keemasan.






Selepas itu, tuangkan karamel ke dalam loyang atau bekas tahan panas dan ratakan ke seluruh bahagian bawah dan ketepikan.
Seterusnya, untuk menyediakan adunan puding, dalam mangkuk besar, pukul telur bersama gula sehingga sebati, masukkan susu sedikit demi sedikit sambil terus mengacau.
Setelah itu, tambahkan esen vanila dan kacau hingga rata.
Kemudian, gabungkan karamel dan puding, mula-mula tapis adunan puding untuk memastikan tekstur licin, lalu tuangkan adunan ke dalam loyang yang sudah dilapisi karamel tadi.
Untuk memasak bain-marie pula, letakkan loyang puding ke dalam dulang yang berisi air panas. Panaskan pada suhu 160C selama 45-60 minit atau kukus selama 40-50 minit.
Setelah masak, keluarkan puding dari oven atau kukusan dan biarkan sejuk sepenuhnya.
Simpan dalam peti sejuk selama beberapa jam sebelum diterbalikkan ke pinggan untuk dihidangkan.
Sebagai tip tambahan pula, gunakan gula perang untuk karamel jika ingin rasa lebih enak.
Jangan kacau gula semasa membuat karamel untuk mengelakkan gula menjadi bergumpal, pastikan adunan puding ditapis untuk menda-patkan tekstur yang benar-benar halus. Selamat mencuba.
Bahan-bahan:
Untuk karamel:
• 100g gula pasir
• 2 sudu besar air
Untuk puding:
• 500ml susu segar
• 4 biji telur
• 100g gula pasir
• 1 sudu teh esen vanila

