Saturday, May 10, 2025
31 C
Brunei

    Berita Terkini

    Puding khas untuk Ratu Elizabeth II

    LONDON, 15 MEI – Rol lemon Swiss tujuh lapis dan trifel amaretti hasil ciptaan penulis iklan berusia 31 tahun berjaya menewaskan 5,000 pencuci mulut dalam pertandingan di seluruh UK untuk menjadi puding rasmi, atau pencuci mulut Jubli Platinum Ratu Elizabeth II.

    Penganjur pertandingan berharap penduduk di seluruh Britain akan menyajikan pencuci mulut manis dan masam dan dihiasi dengan krim putar dan biskut hancur hasil ciptaan Jemma Melvin itu di parti dan majlis keramaian sebagai sebahagian daripada perayaan sempena 70 tahun Ratu Elizabeth II menaiki takhta pada 2 hingga 5 Jun nanti.

    Melvin, yang berasal dari Southport di barat daya England, berkata hasil ciptaannya merupakan inspirasi daripada neneknya.

    Pertandingan diumumkan pada Januari ketika penganjur Jubli berusaha mencari sajian untuk melengkapi hidangan ayam ‘coronation’, kombinasi daging masak sejuk, mayones dan serbuk kari pada 1953 apabila Elizabeth menaiki takhta. Pemenang diumumkan oleh Duchess of Cornwall, yang disiarkan secara langsung di BBC. Resipi kemudian disiarkan supaya sesiapa yang ingin membuat puding tersebut boleh mendapatkan panduan membuatnya. – AP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda