Puding mangga mudah

Bahan-bahan:
1 liter air masak atau air tapis
Agar-agar tali 20g
Susu kotak full krim 1 liter
Gula
Garam
Buah mangga segar dipotong dadu
Manisan perisa mangga

Cara pembuatan:

Mula-mula masakkan agar-agar tali menggunakan 1 liter air. Tunggu sampai agar-agar betul-betul larut dan hancur. Masukkan sedikit gula dan garam. Setelah agar-agar itu hancur, barulah letak susu kotak penuh krim. Tunggu sampai meruap dah boleh padamkan api. Tak perlu sampai gelegak sebab dikhuatiri susu itu tidak cantik.

Isi puding susu ke dalam bekas dan tunggu kejap biarkan ia memejal. Untuk topping campurkan mangga yang dipotong dadu dan bersama manisan perisa mangga.

Tidak perlu masak, terus campurkan saja. Ikut banyak mana yang hendak anda guna, boleh agak-agak ikut manis yang anda mahukan. – Agensi