Saturday, May 10, 2025
27 C
Brunei

    Berita Terkini

    Puisi puitis dalam kesibukan kerjaya

    ULASAN OLEH RUZAINI HJ DAUD

     

    LATAR kerjaya di rumah sakit memang kerap ditampilkan dalam kebanyakan siri drama Korea seperti Good Doctor, Romantic Doctor Teacher Kim, Doctors, Hospital Ship dan kini, A Poem a Day pula bakal menjadi satu pilihan hiburan kepada penonton.

    Kini, pengarah Han Sang Jae dan tiga penulis skrip iaitu Myung Soo Hyun, Baek Sun Woo dan Choi Bo Rim yang pernah berganding bahu dalam menjayakan siri drama Rude Miss Young Ae kembali bekerjasama dalam merealisasikan drama ini.

    Manakala, barisan pelakonnya pula terdiri daripada Lee Yu bi, Jang Dong yoon, Lee Joon hyuk, Lee Chae young dan ramai lagi.

    Pada dasarnya ia mengisahkan rutin kehidupan pekerja yang bertugas di hospital seperti ahli terapi, perawat, pakar kesihatan, ahli radiologi, ahli fizik dan ramai lagi.

    Ye Jae Wook lakonan Lee Jon Hyuk merupakan seorang ahli terapi yang baru dilantik di sebuah hospital dan harus melaksanakan tugasnya untuk memimpin sebuah hospital yang diuruskannya itu dengan baik.

    Siri drama A Poem a Day memaparkan cabaran kehidupan pekerja yang bertugas di rumah sakit.

    Manakala, Woo Bo Young lakonan Lee Yoo Bi pula seorang wanita yang pada asalnya memang memiliki cita-cita untuk menjadi seorang penulis puisi.

    Namun berikutan daripada kesempitan hidup yang dilalui oleh keluarganya itu telah mendorong dirinya untuk terpaksa melupakan mimpinya.

    Lalu dia harus melaksanakan tugas sebagai seorang ahli terapi di hospital tersebut dan telah melaksanakan tugasnya selama tiga tahun demi menyara kehidupan keluarganya.

    Sementara Shin Min Ho lakonan Jang Dong Yoon yang merupakan seorang pelatih di hospital tersebut pula sebenarnya tidak berminat untuk meneruskan kerjayanya sebagai seorang ahli terapi.

    Namun desakan daripada ibu bapanya, dia harus akur untuk memastikan program pembelajarannya di dalam bidang itu berakhir dengan kejayaan sekali gus membolehkannya menjadi seorang ahli terapi profesional.

    Lalu apakah kesudahan kisah pekerja-pekerja di rumah sakit ini dan untuk mengetahuinya jangan terlepas untuk terus menonton siri drama A Poem a Day sehingga ke penghujungnya.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda