Jumaat, 21 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    PUJA anjur majlis hargai sumbangan jurutera

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 17 NOV – PUJA Institute of Engineers Brunei telah mengadakan acara Engineers Night 2025 bertemakan The Transformers dengan kehadiran kira-kira 150 peserta yang terdiri daripada ahli PUJA Brunei, pemimpin industri, para jurutera serta wakil sektor kerajaan dan swasta di The Jade Garden, Aras 2, Centrepoint Hotel, di sini.

    Hadir selaku tetamu kehormat ialah Menteri Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Md Juanda bin Haji Rashid.

    YB Dato Seri Setia Haji Md Juanda hadir selaku tetamu kehormat. – GAMBAR SERAHAN PUJA

    Majlis berkenaan bertujuan meraikan sumbangan para jurutera dalam pembangunan negara.

    Majlis turut menyaksikan pembentangan ucaptama oleh Penasihat kepada Menteri, Kementerian Perancangan Pembangunan Nasional (BAPPENAS), Republik Indonesia, Profesor Dr. Michael Goutama, yang menekankan kepentingan kerjasama serantau, pembangunan mampan dan kepimpinan kejuruteraan masa kini.

    Antara tetamu kehormat lain yang hadir ialah Menteri Pengangkutan dan Infokomunikasi, Yang Berhormat Pengiran Dato Seri Setia Shamhary bin Pengiran Dato Paduka Haji Mustapha; Yang Amat Mulia Pengiran Indera Wijaya Pengiran Dato Dr Haji Ismail bin Pengiran Haji Damit; Pengerusi PUJA, Yang Mulia Sr Haji Hanafi bin POKDSDDLU Haji Awang Abdul Rahman; serta Presiden Institute of Engineers, Ir Chin Lee Tuck.

    Majlis turut menampilkan beberapa segmen khas termasuk pembentangan ucaptama oleh Profesor Ir Dr Michael Goutama, penyampaian anugerah kepada Ir Chin Lee Tuck dan juga Dy. Siti Zuhairah Brahim atas pembentangan kertas kerja di CAFEO Ke-43; penganugerahan gelaran Honorary Member of AFEO kepada Ir Mohd Isa Ibrahim serta pengiktirafan ASEAN Engineer kepada Ir Albert Chua.

    Acara diteruskan dengan acara Students’ Final Year Project (FYP) Showcase yang memberi peluang kepada pelajar untuk mempersembahkan projek inovasi mereka kepada pemimpin industri dan profesional kejuruteraan.

    PUJA Brunei turut menyampaikan penghargaan kepada penaja-penaja iaitu Penaja Emas yang terdiri daripada Perunding Primareka dan HSIA & Associates Sdn Bhd, Penaja Perak iaitu Walltique Sdn Bhd dan Penaja Gangsa yang terdiri daripada Othman & Associates, Metrobina & Partners, Alvo Consultant, Jurutera Perunding RCS Sdn Bhd, Welflex Engineering, Jurutera OMC, Tasya Sdn Bhd, RBR Group Sdn Bhd, Universiti Teknologi Brunei dan Enercon Services Sdn Bhd

    Engineers Night 2025 menjadi platform yang memperkukuh jaringan profesional, pertukaran pengetahuan dan pengiktirafan industri, sekali gus mencerminkan komitmen PUJA Brunei dalam memartabatkan profesion kejuruteraan serta menyokong pembangunan negara

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda