Oleh Pg Fairol RMF
BANDAR SERI BEGAWAN, 29 Ogos – Pertubuhan Ukur, Jurutera dan Arkitek, Negara Brunei Darussalam (PUJA), hari ini telah mengadakan taklimat mengenai Latihan Asas ‘TBQ Cubicost’ di Knowledge Hub, Anggerek Desa.
Taklimat tersebut menumpukan kepada kefahaman Penyelesaian Berintegrasi Kos BIM dan konsep operasinya.
Taklimat disampaikan oleh Pakar Khidmat Perunding Glodon Software Sdn Bhd, Junaida Fatin binti Mahyuddin dan Intern QS di Juru Ukur Bahan Sepakat Sdn Bhd.