Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    PUJA Brunei hos Mesyuarat CCRT 2023

    Oleh Nurdiyanah R. –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 1 DIS – Bahagian Juruukur, Persatuan Ukur, Jurutera dan Arkitek (PUJA) Brunei dengan sokongan Architects Regional Council Asia (ArcAsia) dan kerjasama Universiti Teknologi Brunei (UTB), telah menjadi tuan rumah bagi Mesyuarat ACAE-ACSR Cross-Committee Roundtable (CCRT) 2023, selama dua hari bermula hari ini.

    Antara yang hadir pada mesyuarat yang diadakan secara langsung dan dalam talian itu ialah Presiden ArcAsia, Ar Dr Abu Sayeed M Ahmed; Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan Seni Bina (ACAE), Ar Adrianta Aziz; Pengerusi Jawatankuasa Tanggungjawab Sosial (ACSR), Ar Thomas Cheung; Naib Presiden PUJA Brunei, Ar Haji Abdullah bin Haji Ahmad yang juga Pengerusi Institut Arkitek PUJA Brunei; Ketua Sekolah, Pusat Pengajian Sains dan Kejuruteraan, Politeknik Brunei dan Ketua ACAE, Institut Arkitek, PUJA Brunei, Haji Mohd Reizal bin Mohd Ali; Ketua ACSR, Institut Arkitek, PUJA Brunei, Ar Haji Mahri bin Haji Latif; serta ahli-ahli ArcAsia dan PUJA Brunei.

    Menurut PUJA Brunei, ArcAsia mempunyai sejarah yang panjang, dengan penubuhannya meraikan ulang tahun yang ke-55 pada tahun depan pada di mana pada masa ini arkitek-arkitek dari PUJA Brunei telah menjadi peserta aktif dalam mesyuarat-mesyuarat dan menyumbang kepada perbincangan dan memupuk hubungan profesional dan kerjasama antara organisasi dan jawatankuasa di ArcAsia.

    PUJA Brunei terdiri daripada ahli daripada tiga disiplin dari industri pembinaan merangkumi arkitek, jurutera dan juruukur dengan hampir 1,220 orang ahli secara keseluruhannya.

    Dalam pada itu, PUJA Brunei turut menggalakkan penglibatan profesional muda, dan setiap disiplin mempunyai kumpulan profesional muda sendiri yang diketuai oleh profesional muda yang dipilih oleh rakan sebaya mereka sendiri. Bagi disiplin arkitek, mereka digelar ‘pereka muda’ di mana sokongan dan peluang rangkaian turut diberikan kepada mereka masih melanjutkan pengajian serta mereka yang baharu menamatkan pengajian dan memulakan perjalanan dalam bidang pilihan mereka.

    Menerusi mesyuarat berkenaan, Seminar CPD bertajuk Universal Design for Adaptive Reuse (UDAR) in the Society juga akan disampaikan oleh beberapa orang pakar dan pengamal pada hari kedua.

    Ini turut akan menghimpunkan golongan profesional muda bersama ahli-ahli kanan komuniti seni bina dari Brunei termasuklah juga dari rantau ini. Lebih 100 orang pelajar juga dirancang bakal menghadiri sesi pembentangan tersebut.

    Antara yang menghadiri mesyuarat tersebut. – GAMBAR SERAHAN PUJA
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...