Friday, February 14, 2025
24.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    PUJA kongsi perkembangan terkini

    Oleh Sim Y. H.

     

    BANDAR SERI BEGAWAN, 19 Julai – Dengan matlamat untuk meningkatkan ilmu pengetahuan, perkongsian perkembangan terkini serta pertukaran idea di antara ahli profesional, Pertubuhan Ukur, Jurutera dan Arkitek (PUJA) Brunei dengan kerjasama PUJA Academy Sdn Bhd mengadakan ceramah bertajuk ‘BIM & Quantity Surveyors Practice’, yang berlangsung di Dewan Indera Pahlawan, Pusat Latihan Kementerian Pembangunan, Lapangan Terbang Lama Berakas, hari ini.

    Ceramah yang dihadiri oleh lebih 50 orang profesional yang terdiri daripada jurutera dan arkitek menghadiri sesi ceramah berkenaan di mana mereka bukan sahaja berpeluang untuk berkongsi pendapat mengenai isu indemniti profesional tetapi juga perkembangan terkini dalam bidang profesional masing-masing.

    Turut hadir ialah Naib Presiden dan Pengerusi PUJA (Brunei) Bahagian Juruukur, Awang Mohammad Shafie bin Haji Mohd Yusof, wakil dari Jabatan Kerja Raya, jabatan-jabatan kerajaan, konsultan, kontraktor serta ahli-ahli PUJA (Brunei).

    Ceramah telah disampaikan oleh penceramah undangan dari Glodon BIM Malaysia, Chew Siak Kor yang memberi penerangan mengenai Building Information Modeling (BIM) iaitu proses penghasilan model berasaskan tiga dimensi (3D) yang memberikan profesional binaan dan bangunan sebuah peralatan untuk mereka, merancang, membina dan menguruskan pembinaan infrastruktur serta bangunan.

    Chew Siak Kor memberikan penerangan mengenai proses BIM dan peranan penting yang dimainkannya dalam pelaksanaan sesebuah projek.
    Chew Siak Kor memberikan penerangan mengenai proses BIM dan peranan penting yang dimainkannya dalam pelaksanaan sesebuah projek.
    Di antara para profesional dan ahli-ahli PUJA (Brunei) yang menghadiri ceramah berkenaan.
    Di antara para profesional dan ahli-ahli PUJA (Brunei) yang menghadiri ceramah berkenaan.

    Semasa ceramah itu, beliau turut memberikan peluang kepada juruukur bahan (QS) mengenai dengan perkembangan dalam bidang BIM bagi kerjaya OS dan bagaimana mereka boleh menangani perubahan dalam konsep BIM dalam industri binaan di mana BIM boleh membantu mereka mengurangkan masa untuk menyiapkan kerja-kerja pengukuran dan mendapatkan anggaran yang lebih tepat.

    Chew dalam ceramah itu turut memberikan penerangan mengenai projek-projek antarabangsa yang menggunakan BIM dalam pembinaannya serta berkongsi bagaimana Glodon BIM menggunakan BIM sebagai peralatan serta memainkan peranan yang penting dalam pelaksanaan sesebuah projek.

    Majlis itu turut menyaksikan pengumuman oleh PUJA (Brunei) bersama-sama Universiti Teknologi Brunei (UTB) yang akan menganjurkan Persidangan Kebangsaan PUJA (Brunei) ke-3 yang membawa tema ‘Profesional in National Gross Domestic Product Development’ pada 11 November nanti di UTB.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda