Tuesday, May 13, 2025
25.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    PUJA kukuhkan jalinan industri

    Oleh Nurdiyanah R. –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 21 APRIL – Pertubuhan Ukur, Jurutera dan Arkitek Brunei (PUJA) telah mengadakan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri dengan menghimpunkan ahli-ahli dan pihak berkepentingan, baru-baru ini.

    Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Menteri Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Muhammad Juanda bin Haji Abdul Rashid yang dialu-alukan oleh Presiden PUJA, Sr Haji Mohammad Hanafi bin POKDSDDLU Haji Abdul Rahman dan Naib Presiden PUJA, Ar Haji Amiruddin bin Abdul Aziz.

    Turut hadir ialah pegawai-pegawai kanan dari Kementerian Pembangunan, Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi, jabatan-jabatan kerajaan, institusi pendidikan dan profesional dari sektor awam dan swasta dalam industri pembinaan.

    Acara tahunan itu dihoskan oleh Bahagian Arkitek PUJA yang bertujuan untuk meraikan perayaan Hari Raya Aidilfitri dalam semangat memupuk kerjasama dan persefahaman bersama dalam kalangan ahli-ahli PUJA dan pihak-pihak berkepentingan utama dari dalam industri.

    Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Muhammad Juanda hadir pada majlis tersebut. – GAMBAR SERAHAN PUJA
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda