Saturday, March 15, 2025
31.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    PUJA sertai Kongres Antarabangsa AQSA 2023 di Sarawak

    BANDAR SERI BEGAWAN, 31 MEI – Presiden Pertubuhan Ukur, Jurutera dan Arkitek (PUJA), Sr Haji Mohammad Hanafi bin Pehin Orang Kaya Di-Gadong Seri Diraja Dato Laila Utama Haji Abdul Rahman, baru-baru ini, telah menghadiri Kongres Antarabangsa Persatuan Juruukur Bahan ASEAN (AQSA) 2023 di Sarawak, Malaysia.

    Menurut PUJA, kongres yang berlangsung pada 16 dan 17 Mei itu bertemakan ‘Membayangkan Kelestarian dan Pendigitalan dalam Industri Pembinaan ASEAN’.

    Sr Haji Mohammad Hanafi juga telah mengambil bahagian dalam menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) untuk Pengiktirafan Bersama Kelayakan Ukur Bahan dalam Susunan Rangka Kerja ASEAN mengenai Perkhidmatan seperti yang dikawal oleh AQSA antara PUJA (Brunei), IQSI (Indonesia), RISM (Malaysia), Fed. MES (Myanmar), PICQS (Filipina), SISV (Singapura) dan AQST (Thailand).

    Sr Haji Mohammad Hanafi menandatangani MoU semasa menghadiri kongres berkenaan. – Gambar serahan PUJA

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda