MOSCOW, 27 FEB – Seorang pelajar Rusia yang dipukul dalam tahanan oleh anak pemerintah Chechnya, dijatuhkan hukuman penjara 3 tahun enam bulan hari ini selepas dituduh membakar Al-Quran.
Nikita Zhuravel, 20, ditahan kerana didakwa membakar al-Quran di luar sebuah masjid di tenggara Rusia dan dipindahkan ke tahanan di wilayah majoriti Muslim di Chechnya.
Kesnya menarik perhatian selepas pemerintah Chechnya, Ramzan Kadyrov menyiarkan video anak remajanya menendang dan menghumban pelajar itu ke lantai sebelum menumbuknya beberapa kali di muka.
Kadyrov, yang rejimnya telah dituduh melakukan pelbagai pelanggaran hak asasi manusia, berkata dia berbangga dengan anaknya, yang kemudiannya diberikan beberapa penghormatan.
Zhuravel dituduh bertindak ganas dan menyinggung perasaan penganut agama Islam.
Mahkamah Chechenya berkata dia ‘didapati bersalah dan dijatuhi hukuman penjara tiga tahun enam bulan di tanah jajahan untuk hukuman’.
Kadyrov, salah seorang penyokong Presiden Vladimir Putin, telah memerintah Chechnya sejak 2007. – AFP
![](https://mediapermata.com.bn/wp-content/uploads/2024/02/P21-E-web-Freepik_28022024.jpg)