Tuesday, May 13, 2025
27.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pukul wartawan : Bekas datuk bandar di Mexico dipenjara

    MEXICO CITY, 24 Julai – Bekas Datuk Bandar Silao di Guanajuoto, Enrique Benjamin Solis, dijatuhi hukuman dua tahun penjara kerana menyebabkan kecederaan dan mengancam keselamatan wartawan akhbar El Heraldo, Karla Janeth Silva.

    Menurut laporan akhbar terbabit, Solis, anggota Parti Revolusi Institusi (PRI) mengakui telah mengarahkan Ketua Polis Nicasio Aguirre untuk memukul wartawan itu yang mengkritik beliau.

    Perbicaraan kes tersebut memakan masa selama dua tahun.

    Serangan terhadap wartawan itu dilakukan oleh Jose Samuel Ornelas dengan dibantu Luis Gerardo Hernandez dan Joaquin Osvaldo Valero, setelah diupah oleh Timbalan Ketua Polis Jorge Alejandro Fonseca.

    Serangan berlaku pada 4 Sept 2014 di pejabat El Heraldo di Silao.

    Akhbar berkenaan bagaimanapun kesal apabila hanya Solis yang dihukum manakala penyerang dan mereka yang bersubahat tidak dikenakan sebarang tindakan.

    Laporan itu menyebut Solis hanya akan menjalani hukuman penjara selama tujuh bulan sahaja memandangkan beliau telah ditahan selama setahun empat bulan di Pusat Rehabilitasi Sosial (Cereso), sepanjang tempoh perbicaraan berlangsung. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda