NAXOS – Dianggarkan kira-kira lebih daripada 1,500 kg kentang Naxos mentah, 22 kuali besar dan 40 ahli sukarelawan bekerja keras untuk menyiapkan hidangan terbesar itu. Setelah berusaha keras, akhirnya Pulau Naxos berjaya menghasilkan hidangan terbesar itu.
“Kami telah berjaya memecahkan rekod dunia itu, Greece meraikan kejayaan itu,” kata Dimitris Kapunis, presiden kesatuan koperasi pertanian pulau itu baru-baru ini.
Skala elektronik telah menimbang kentang yang sudah digoreng itu dan mencatatkan kira-kira 554kg iaitu 100 kg lebih berat daripada catatan rekod dunia sebelum ini yang telah dicatatkan pada tahun 2014 di Eagles, Idaho, Amerika Syarikat. Menurut pihak penganjur, usaha untuk menetapkan rekod dunia Guinness itu bukanlah satu tugas yang mudah.
Untuk memasuki catatan dunia yang terkenal di dunia, peraturan yang ketat perlu dikenakan. Dalam kes ini, kentang perlu dikupas dan dipotong dengan cara yang tertentu, kentang perlu digoreng mengikut piawaian kebersihan terlebih dahulu, ditimbang, dihidangkan dalam satu bekas dan kemudiannya diedarkan serta dimakan.
Bukti
Kesemua peringkat ini perlu didokumentasikan oleh foto, video, testimony dan penyataan rasmi. Bukti itu kemudiannya dihantar kepada ahli jawatankuasa Guinness untuk dinilai sebelum ia meletakkan cap terkenal di atas pencapaian usaha mereka itu. Bagi Naxos, iaitu sebuah pulau terbesar di kepulauan Cyclades di Laut Aegean, kentang adalah seperti sesuatu yang sangat berharga seperti emas. “Naxos adalah di mana jantung ubi kentang berada,” kata Cef Stelios Korres, penyelia operasi besar-besaran itu kepada wartawan Xinhua.


Pulau Naxos terkenal dengan ubi kentang sejak awal tahun 1800-an di mana kentang menyediakan alternative yang murah dan berkhasiat kepada orang ramai, penduduk miskin yang dilanda kesusahan. Walau bagaimanapun, ia tidak menjadi produk rasmi pulau itu sehinggalah pada tahun 1953, ketika Naxos secara rasmi ditetapkan oleh kerajaan Greece sebagai pusat penanaman dan pengeluaran benih kentang Greece.
Salah satu penananam kentang tertua di pulau itu, Nikoletta Kapouni yang berusia 77 tahun berkata bahawa dia teringat bagaimana sayur-sayuran yang sederhana dan popular telah menaikkan satu generasi Naxian yang seterusnya.
“Semenjak saya dilahirkan, di dalam lengan ayah saya, kami telah menanam kentang dan saya telah mengumpulkannya. Apabila saya berkahwin, saya melakukan perkara yang sama, dan sekarang suami saya telah meninggal dunia, anak-anak saya pula meneruskan legasi dan saya kadang kala menolong mereka,” tambah Nikoletta lagi kepada wartawan Xinhua.
“Kami semua membesar di ladang kentang, saya telah mengumpul kentang sejak berusia lapan tahun lagi,” kata anaknya, Dimitris Kapounis kepada wartawan Media.


Kaya dengan sumber pertanian
Sehingga ke hari ini, lebih daripada 250 buah keluarga bergantung kepada pertumbuhan kentang dan pembiakan ternakan di Naxos, sebuah pulau di mana 60 peratus penduduknya hidup dalam sektor pertanian. Mereka menghasilkan sekitar 8.5 juta kg kentang setiap tahun, yang membolehkan mereka memenuhi tuntutan pengguna yang mana sebahagian besar di tanah besar Greece.
Memang terdapat permintaan yang banyak untuk kentang Naxos dan rasa kentang itu telah berjaya merubah reputasi kentang itu di seluruh negara. “Tidak ada di tempat yang lain di mana kentang dirasakan lebih baik. Kentang ini menjadi kebanggaan dan kegembiraan kami,” tambah Kapouni lagi kepada media. Menurut penduduk setempat, apa yang membezakan kentang mereka adalah kombinasi iklim mikro unik dan pematuhaan para penanam terhadap amalan pertanian tradisional.
“Kentang Naxos berada di bawah status indikasi geografi dilindungi. Keadaan iklim membolehkan kita memupuknya dua kali dalam masa satu tahun, kuantiti tanah memberikan telah memberikan kentang yang manis dan lazat serta kita menyuburkannya secara semula jadi,” kata Kapunis lagi kepada media.
“Perbezaan besar ialah ladang kentang di sini berhampiran dengan laut, tanah berpasir dan secara semula jadi bersesuaian dengan iodine laut, jadi kentang menjadi lebih enak dan kaya,” tambah Korres lagi kepada media.
Penduduk tempatan berharap rekod dunia Guinness yang baru sahaja ditetapkan akan menjadikan pulau mereka sebagai satu tarikan baru di seluruh dunia untuk pencinta kentang. “Matlamat kami adalah untuk menjadikan ketang Naxos terkenal di seluruh dunia dan Greece, di seluruh Eropah dan dunia,” tambah Kapounis mengakhiri temu ramah bersama media. – Xinhua