Wednesday, May 7, 2025
30.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pulau Madeira, mutiara Portugal di Laut Atlantik

    PULAU Madeira, Portugis, di mana 29 pelancong Jerman telah terbunuh dalam kemalangan bas baru-baru ini merupakan tempat percutian kegemaran bagi penduduk Eropah malah terkenal sebagai tempat kelahiran pemain bola sepak legenda yang terkenal di seluruh dunia, Cristiano Ronaldo. Pulau tersebut menjadi destinasi kegemaran khususnya dalam kalangan pelancong Jerman di mana kira-kira 28 peratus pelancong yang berkunjung ke pulau itu adalah terdiri dari pelancong Jerman.

    Pada tahun 2017 sahaja, kedatangan pelancong Jerman ke pulau tersebut adalah 1.3 juta di belakang pelancong British, menurut statistik rasmi.

    Di luar Maghribi

    Pulau ini lebih dekat dengan Afrika berbanding Eropah dan ia terletak kira-kira 500 kilometer dari pantai Maghribi serta kira-kira 1,000 kilometer dari barat daya Lisbon. Madeira terdiri dari dua buah pulau besar iaitu Madeira dan Porto Santo serta mempunyai keseluruhan penduduk sekitar 270,000 orang dan 130,000 penduduk tinggal di ibu kota pulau tersebut, Funchal.

    Pulau utama mempunyai keluasan sekitar 57 kilometer panjang dan 22 kilometer lebar menjadikan 90 peratus daripada kepulauan tersebut adalah permukaan tanah. Pulau ini turut dikenali sebagai ‘Pearl of The Atlantic’ kerana ia mempunyai iklim yang sederhana, pemandangan landskap gunung berapi yang indah dan keindahan flora fauna yang berwarna-warni.

    Madeira turut terkenal dengan pantainya yang indah dan menakjubkan. – Agensi
    Pulau ini terkenal sebagai tempat kelahiran pemain bola sepak yang terkenal di seluruh dunia, Cristiano Ronaldo. – AFP
    Pulau ini lebih dekat dengan Afrika berbanding Eropah dan ia terletak kira-kira 500 kilometer dari pantai Maghribi serta kira-kira 1,000 kilometer dari barat daya Lisbon. – Agensi

    Pulau ini turut dikenali sebagai ‘Pearl of The Atlantic’ kerana ia mempunyai iklim yang sederhana, pemandangan landskap gunung berapi yang indah dan keindahan flora fauna yang berwarna-warni. – Agensi

    Pulau ini pernah diabaikan selama berabad-abad oleh tanah besar Portugis malah dianggap sebagai wilayah yang miskin sekali namun sejak 40 tahun yang lalu. – Agensi

    Pemodenan secara besar-besaran

    Pulau ini pernah diabaikan selama berabad-abad oleh tanah besar Portugis malah dianggap sebagai wilayah yang miskin sekali namun sejak 40 tahun yang lalu, pulau ini telah mengalami pemodenan hebat, terima kasih kepada dana Kesatuan Eropah.

    Kawasan bandar pulau tersebut telah dibina infrastruktur yang penting untuk menampung kunjungan pelancong, termasuk hotel-hotel mewah, lapangan terbang, pusat marin, jalan raya dan juga terowong jalan raya.

    Pesisir laut Funchal pula dipenuhi dengan hotel-hotel mewah dan pusat peranginan. Perkembangan infrastruktur ini sentiasa diawasi oleh presiden pulau tersebut antara tahun 1978 hingga 2015, Alberto Joao Jardim, di mana Alberto juga berdepan dengan kecaman dari aktivis alam sekitar setelah beberapa kawasan hijau di pulau tersebut dihapuskan dan dianggap sebagai seorang yang tidak menghiraukan persekitaran.

    Presiden tersebut turut mencatat hutang yang besar sehingga membawa Madeira di ambang kegagalan ketika itu.

    Kehadiran selebriti

    Ramai penduduk British telah menetap di pulau ini dan pernah mengawal pengeluaran minuman keras Madeira yang terkenal. Bekas perdana menteri British, Winston Churchill adalah antara tokoh yang terkenal berkunjung ke pulau ini untuk bercuti malah tokoh itu memanggil pulau ini sebagai Taman Terapung di Atlantik pada tahun 1950an.

    Funchal turut berbangga kerana telah menjadi destinasi di mana Empress Elisabeth dari Austria, yang lebih dikenali sebagai Sissi, tinggal di pulau ini pada pertengahan abad ke-19 untuk menjalani rawatan dari tuberkulosis.

    Manakala pemenang Ballon d’Or sebanyak lima kali, Cristian Ronaldo dilahirkan di kawasan miskin Funchal pada tahun 1985 dan tokoh itu telah mendirikan muzium di bandar itu yang dinamakan sebagai Museu CR7, di mana kebanyakan piala-pialanya dipamerkan di muzium tersebut.

    Pada bulan Mac 2017, lapangan terbang Madeira telah dinamakan bersempena dengan nama tokoh bola sepak terkenal itu. – AP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda