Thursday, December 26, 2024
25.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pulau Marshall catat kes virus pertama

    MAJURO, PULAU MARSHALL, 29 OKT – Pulau Marshall di Pasifik mengesahkan kes COVID-19 yang pertama semalam.

    Ia sekali gus menamatkan statusnya sebagai antara sebilangan kecil negara di dunia yang masih bebas daripada penularan wabak berkenaan.

    Kerajaan Marshall mengumumkan dua petugas dalam pasukan pengawal askar Amerika Syarikat (AS) di Atol Kwajalein, disahkan positif selepas tiba dari Hawaii dengan menaiki pesawat tentera, kelmarin.

    Namun, kedua-dua petugas membabitkan wanita berusia 35 tahun dan lelaki berumur 46 tahun itu dilaporkan tiada kontak komuniti ketika berada di Marshall.

    “Kami boleh memberi kepastian kepada orang ramai bahawa ini hanyalah kes sempadan dan dikesan ketika mereka berada dalam kuarantin hingga kini,” kata Ketua Setiausaha, Kino Kabua, dalam satu kenyataan.

    Kepulauan Marshall yang terletak di tengah-tengah antara Australia dengan Hawaii, menutup sempadannya pada awal Mac lalu bagi mengekang wabak COVID-19.

    Sejak Jun lalu, kepulauan itu melonggarkan sedikit sekatan dengan membenarkan kemasukan segelintir individu, kebanyakannya petugas di pangkalan tentera AS, dengan syarat kuarantin ketat dijalankan selama tiga minggu. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda