Tuesday, February 18, 2025
22.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pulau Norfolk muncul dalam peta sukan dunia

    SHAE Wilson baru berumur 19 tahun dan sudah mencukupi kriteria dalam perjalanannya untuk menjadi seorang bintang Sukan Komanwel sekali gus mewakili pulaunya dalam perlawanan sukan boling padang.

    Berikutan pembabitan gadis berusia 19 tahun itu, Shae telah berjaya membawa nama Pulau Norfolk dalam temasya sukan itu.

    Pulau Norfolk merupakan sebuah pulau batu yang terletak antara negara Australia dan juga New Zealand dengan bilangan penduduk seramai 2,000 orang sahaja.

    Kebanyakan warga asing tidak mengetahui lokasi Pulau Norfolk, yang terkenal sebagai sebuah rumah kepada keturunan Bounty, di dalam peta dunia. Namun penduduk Norfolk sangat berbangga dengan kebudayaan mereka yang kelihatan sangat unik dan cuba untuk berdiri sendiri daripada kawalan Canberra di bawah status pulau itu sebagai wilayah Australia.

    Alam sekitar yang terjaga

    “Pulau ini mempunyai ekosistem alam sekitar yang begitu menakjubkan, tumbuhan-tumbuhan sentiasa menghijau dan mempamerkan satu keindahan yang mendamaikan, para pengunjung akan dapat merasakan satu kebebasan, terasa selamat malah anda juga boleh melakukan apa-apa sahaja yang anda fikir mahu lakukan tanpa perlu risau akan keberadaan orang lain di situ,” kawa Wilson kepada media.

    Norfolk telah muncul buat pertama kali semasa Temasya Sukan Komanwel pada tahun 1986 dan telah bergiat aktif dalam mengikuti temasya itu sehingga kini. – AFP

    “Di Norfolk, anda boleh meninggalkan pintu utama depan rumah anda terbuka dan kereta anda tanpa dikunci,” kata Wilson, yang bakal meninggalkan pulau itu untuk melanjutkan pelajaran setelah menamatkan pendidikan di salah sebuah sekolah di pulau berkenaan.

    “Saya sering kali keluar dan masuk ke pulau ini untuk menjalani latihan boling padang namun sebenarnya saya tidak pernah meninggalkan pulau ini namun disebabkan impian saya untuk meneruskan pembelajaran ke peringkat universiti, saya harus meninggalkan pulau ini untuk sementara waktu,” kata Wilson lagi kepada media.

    Pulau Norfolk mempunyai 18 pesaing sengit di dalam temasya Sukan Komanwel di Gold Coast Australia, di mana 10 dari mereka bersaing dalam perlawanan boling padang termasuk Wilson iaitu pemain termuda dari pulau berkenaan.

    ‘Anda akan selalu rindu’

    Pulau Norfolk diklasifikasikan sebagai wilayah luar negara Australia dan pulau ini juga menggunakan dolar Australia, akan tetapi kebanyakan penduduk tidak berbangga dengan situasi itu.

    Shae Wilson, dilahirkan dan dibesarkan di Norfolk, bersaing di samping ayah tirinya, Tim Sheridan di bawah bendera pulau itu sendiri.

    Ramai teman-teman Wilson telah meninggalkan Norfolk untuk belajar ataupun untuk bekerja, malah kebanyakannya ke kawasan Timur Australia, tetapi mereka lebih cenderung untuk kembali semula ke pulau berkenaan untuk membesarkan keluarga mereka. “Anda akan selalu rindu kerana Norfolk sangat berbeza dengan tempat-tempat yang lain,” tambah Wilson.

    Shae Wilson, dilahirkan dan dibesarkan di Norfolk, bersaing di samping ayah tirinya, Tim Sheridan di bawah bendera pulau itu sendiri dalam temasya sukan tersebut. – AFP

    Penduduk yang rapat

    Pulau ini mempunyai ukuran sekitar lima batu dan kebanyakan penduduknya berbahasa Inggeris dan juga Norf’k, gabungan bahasa Inggeris dan juga Tahitian yang sudah ada sejak abad ke-18.

    Ini adalah masa yang menggemparkan buat rakyat Norfolk, yang mana sebahagian besarnya dikawal oleh pemerintahan sendiri sehingga hanya beberapa tahun yang lalu, yang mana kini telah diperintah oleh Canberra di bawah beberapa pembaharuan yang sering kali menimbulkan pelbagai kontroversi.

    Berikutan ketakutan mereka terhadap hakisan budaya mereka, kebanyakan penduduk menggesa pihak kerajaan Australia dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada bulan lepas dalam usaha mereka untuk menegaskan kawalan ke atas pos-pos yang kecil dan terpencil.

    Norfolk telah muncul buat pertama kali semasa Temasya Sukan Komanwel pada tahun 1986 dan telah bergiat aktif dalam mengikuti temasya itu sehingga kini.

    Pulau itu telah berjaya meraih satu pingat semasa temasya sukan itu iaitu pingat gangsa dalam perlawanan sukan lawan pedang.

    Terdapat hanya satu kelab boling padang di pulau tersebut, dengan 40 orang ahli.

    Dunia berubah dengan begitu cepat, tetapi Wilson berkata bahawa Norfolk masih menjadi tempat di mana penduduk saling kenal mengenali termasuk juga dalam bidang perniagaan.

    Baik atau buruk? Ia bergantung kepada persepsi masing-masing, tambah Wilson sambil ketawa. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda