Wednesday, April 17, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    Pulau Pinang sasar 26 pingat emas Sukma ke-20

    BALIK PULAU, 5 SEPT – Pulau Pinang menyasarkan meraih 26 pingat emas menerusi penyertaan 488 atlet dalam temasya Sukan Malaysia (Sukma) ke-20 yang akan berlangsung dari 16 hingga 24 September ini di Kuala Lumpur.

    Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan negeri  Soon Lip Chee berkata kontinjen Pulau Pinang akan mengambil bahagian dalam kesemua 31 jenis sukan yang dipertandingkan dengan penglibatan 488  atlet, 102 jurulatih dan 43 pengurus pasukan.

    “Kita meraih 32 pingat emas pada 2018, kali ini kita sasar 26 kerana beberapa kategori acara sukan dikurangkan seperti badminton, dulu ada pasukan tapi kali ini cuma ada perseorangan.

    “Antara acara yang disasarkan memenangi pingat emas ialah karate, silat, judo, memanah, sepak takraw, gimnastik atau gimrama dan beberapa acara lain yang berpotensi,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan Bendera Kontijen Negeri Pulau Pinang ke Sukma ke-20 di sini hari ini. 

    Sementara itu, Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow berkata di bawah Skim Insentif Kemenangan Sukan Kerajaan Negeri Pulau Pinang (SKIMAS), pemenang pingat emas bagi acara individu atau perseorangan akan menerima insentif RM4,000, manakala pingat perak (RM2,500) dan pingat gangsa (RM1,500).

    Selain itu, Chow berkata pemenang pingat emas bagi acara beregu akan menerima RM2,000, manakala pemenang pingat perak (RM1,250) dan pemenang pingat gangsa (RM750).

    “Bagi mereka yang berjaya mencatatkan rekod kebangsaan, insentif RM1,000 juga diperuntukkan manakala RM500 bagi mereka yang mencatatkan rekod Sukma,” katanya.

    Beliau berharap agar dengan adanya insentif itu, ia akan membakar semangat para atlet untuk mengekalkan momentum dan semangat kesukanan masing-masing sekali gus berusaha untuk mencapai sasaran. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Iran tutup sementara kemudahan nuklear

    TEHRAN, 16 APRIL – Iran menutup sementara kemudahan nuklearnya atas ‘pertimbangan keselamatan’ susulan serangan peluru berpandu dan dron besar-besarannya ke atas Israel pada hujung...