Khamis, November 20, 2025
23.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Puluhan anti-pencemaran kilang kimia ditangkap di Tunisia

    TUNIS, 19 OKT – Polis di Gabes, Tunisia telah menahan puluhan orang dalam tunjuk perasaan menentang sebuah kilang kimia yang dipersalahkan oleh penduduk tempatan atas pencemaran dan pelbagai isu kesihatan, kata kumpulan kempen tempatan dan seorang peguam kelmarin.

    Beribu-ribu orang telah berhimpun di bandar pantai selatan itu sejak beberapa hari kebelakangan ini dengan menggesa penutupan kilang pemprosesan fosfat, yang mereka katakan di sebalik peningkatan keracunan gas dan masalah kesihatan berkaitan pencemaran lain.

    “Tangkapan itu menyasarkan penunjuk perasaan pada waktu malam,” kata Mehdi Talmoudi, seorang peguam dan ahli cawangan tempatan Persatuan Peguam Tunisia.

    “Walaupun penunjuk perasaan pada waktu pagi adalah sebahagian besarnya aman, akan tetapi pada waktu malam telah menyaksikan mereka melakukan beberapa pertempuran dengan pasukan keselamatan dan membakar tayar,” katanya kepada AFP.

    Talmoudi berkata, jumlah sebenar tangkapan tidak diketahui.

    Gambar Envato

    Bagaimanapun, Khayreddine Debaya, penyelaras kumpulan kempen tempatan, Stop Pollution, berkata lebih 100 orang telah ditahan kelmarin.

    “Polis menahan lebih 70 orang semalam dan lebih ramai lagi menjelang subuh,” katanya. “Ada yang ditangkap dari rumah mereka,” tambahnya.

    Aktivis Tunisia lain di media sosial juga telah mengutuk aktiviti penangkapan tersebut.

    Penduduk tempatan di Gabes telah mengadakan beberapa perhimpunan mendesak penutupan kilang, yang memproses fosfat untuk membuat baja.

    Mereka berkata, ia baru-baru ini telah mengeluarkan lebih banyak gas toksik dan sisa radioaktif ke dalam laut. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda