Monday, December 30, 2024
23.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Puluhan artifak bersejarah dirampas

    KANDAHAR, 15 OKT – Pegawai keselamatan Afghanistan di sempadan Spin Boldak berjaya mematahkan percubaan menyeludup artifak bersejarah, lapor agensi berita rasmi negara itu, Bakhtar News Agency (BNA).

    Dalam operasi baru-baru ini, pihak berkuasa merampas 156 karya seni penwork dan 13 karya logam, yang dipercayai mempunyai nilai budaya dan sejarah yang besar.

    Artifak-artifak itu, yang sedang dalam proses diseludup keluar dari wilayah itu akan diserahkan kepada Muzium Negara Afghanistan untuk proses identifikasi dan pemulihan. – Bernama

    Gambar Envato
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda