Thursday, July 4, 2024
31.7 C
Brunei

    -

    Puluhan cedera gelora udara penerbangan Air Europa

    RIO DE JANEIRO, 2 JULAI – Sekurang-kurangnya 30 penumpang cedera dalam insiden gelora udara semasa penerbangan dari Sepanyol ke Uruguay kelmarin, lapor Agensi Berita Jerman, dpa yang memetik Air Europa.

    Menurut hantaran syarikat penerbangan itu di platform media sosial X, pesawat terpaksa membuat pendaratan kecemasan di sebuah lapangan terbang di Brazil.

    Penerbangan itu, yang dalam perjalanan dari Madrid ke Montevideo, membawa 325 penumpang.

    Laman berita G1 melaporkan beberapa penumpang mengalami patah tulang dan yang lain terhantuk kepala semasa turbulensi.

    Pada Mei lepas, seorang maut dan lebih 30 lagi cedera dalam insiden gelora udara teruk semasa penerbangan Singapore Airlines dari London ke Singapura. – Bernama

    Gambar Unsplash
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    NZ anjur pertandingan hapus kucing liar

    WELLINGTON, 3 JULAI – Pertandingan membunuh kucing liar yang diadakan secara tahunan di New Zealand dijangka diperluas tahun depan, kata penganjur acara hari ini,...