YANGON, MYANMAR, 19 SEPT – Sebuah bot yang membawa kira-kira 100 penumpang karam di sungai di utara Myanmar pada pagi hari ini, lapor media tempatan, dengan berpuluh-puluh dikhuatiri hilang.
Kapal itu karam sekitar 10 pagi di sungai Chinwin di perbandaran Mingin, wilayah Sagaing, lapor media tempatan.
Media memetik sumber yang rapat dengan menteri pengangkutan tempatan sebagai berkata, operasi mencari telah dimulakan dan bilangan orang yang hilang sedang dikira.
Saluran Telegram pro-junta juga melaporkan sebuah bot karam di perbandaran Mingin, tanpa memberikan butiran. – AFP


