LONDON, 7 JAN – Puluhan orang telah di-selamatkan kelmarin daripada rumah yang dinaiki air dan kereta yang terperangkap, ketika cuaca basah dan sejuk terus menjejas kehidupan di beberapa kawasan di United Kingdom (UK), dan lebih banyak ramalan cuaca musim sejuk yang lebih buruk dijangka dikeluarkan.
Ratusan sekolah ditutup pada hari pertama sesi persekolahan 2025, perkhidmatan kereta api digantung dan para pengguna jalan raya mengalami kesulitan apabila beberapa bahagian lebuh raya dan jalan utama ditutup akibat paras air tinggi dan salji yang menjadikan pemanduan berbahaya.
Sebahagian besar UK telah dibadai angin kencang dan hujan lebat sebelum Hari Tahun Baharu, yang menjejaskan beberapa pertunjukan bunga api dan perayaan lain. Beberapa komuniti telah menghadapi banjir yang teruk sejak awal tahun ini.
Amaran tentang banjir dijangka telah dikeluarkan di hampir 200 kawasan di England petang kelmarin.
Beberapa laluan kereta api ditutup atau mengalami kelewatan akibat air banjir atau pokok-pokok yang tumbang di landasan.
Mayat seorang lelaki yang ditemui kelmarin di kawasan yang dilanda banjir berhampiran Sungai Aire di utara England dipercayai telah terjatuh dan dihanyutkan air banjir pada hujung minggu, kata polis North Yorkshire. Mereka sedang mencari identiti mangsa tersebut. – AP