Isnin, Julai 28, 2025
31.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Puluhan maut atau hilang akibat hujan lebat di India

    NEW DELHI, 2 JULAI – Puluhan orang dilaporkan maut atau hilang di negeri Himachal Pradesh di utara India susulan kejadian hujan lebat dan banjir kilat.
     
    Menurut laporan media tempatan dan pegawai hari ini, kira-kira 10 mayat ditemukan manakala lebih 30 lagi masih hilang di daerah Mandi.
     
    Ketua Menteri, Himachal Pradesh Sukhvinder Singh Sukhu berkata daerah Mandi terjejas teruk akibat hujan lebat dengan harta benda awam dan persendirian mengalami kerosakan serius.
     
    Hujan lebat telah memusnahkan jalan raya, merosakkan rumah serta mengakibatkan tanah runtuh dan banjir kilat di Himachal dan negeri sempadan Uttarakhand. Kira-kira 65 orang maut akibat kejadian berkaitan hujan di Uttarakhand pada Jun. – Bernama
     
    Gambar Envato
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda