Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Puluhan penduduk Palestin terbunuh, cedera dalam serangan udara Israel

    GAZA, 30 OKT – Berpuluh-puluh penduduk Palestin terbunuh manakala yang lain cedera dalam serangan udara tentera penceroboh Israel ke atas bangunan kediaman dan rumah di pelbagai kawasan di Semenanjung Gaza pada petang kelmarin, lapor agensi berita Palestin (WAFA).

    Menurut sumber, pesawat perang Israel mengebom kediaman di bandar Beit Lahia dan Kem Jabalia di utara Semenanjung Gaza.

    Masjid Muhammad Al-Fateh di Beit Lahia, turut dibom dan musnah sepenuhnya.

    Serangan itu yang turut menyasarkan beberapa rumah di kawasan Al-Saftawi, utara Bandar Gaza membunuh kira-kira 15 penduduk Palestin dan mencederakan lebih 30 yang lain.

    Selain itu, pesawat perang Israel turut memperhebat serangan ke atas kawasan perumahan di Bandar Gaza dan bahagian utara bandar.

    Kawasan sekitar Hospital Al-Quds turut dibom yang mencederakan beberapa pesakit dan orang awam.

    Jet Israel juga mengebom sebuah rumah di Kem Pelarian Al-Shati, barat Gaza City, mencederakan berpuluh-puluh orang.

    Selain itu, pesawat penceroboh turut mengebom kediaman di bandar Khan Yunis dan membunuh dua orang dan mencederakan beberapa yang lain.

    Di Rafah City, tujuh orang maut selepas kediaman mereka dibom. – Bernama

    Rakyat Palestin meratapi saudara-mara yang terkorban dalam pengeboman Israel di Semenanjung Gaza. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda