ALMATY, KAZAKHSTAN, 28 FEB – Polis di Kazakhstan menahan puluhan penunjuk perasaan hari ini yang menggesa kepada pembebasan tahanan politik sejajar dengan resolusi yang diluluskan oleh Parlimen Eropah.
Pembantah kerajaan berusaha melakukan protes pertama sejak resolusi tersebut dan menuntut agar Kesatuan Eropah (EU) mengutamakan hak dalam hubungannya dengan Kazakhstan.
Kira-kira 50 penunjuk perasaan ditahan di bandar terbesar Almaty sebelum mereka dijangka berhimpun di sebuah taman di bandar itu, di mana perkhidmatan Internet juga telah ditutup.
Beberapa penunjuk perasaan menjerit ‘kebebasan kepada tahanan politik’ ketika mereka ditahan dan dibawa ke dalam sebuah van. Presiden baharu negara Asia Tengah Kassym-Jomart Tokayev telah melakukan pembaharuan dan tahun lalu menandatangani undang-undang yang melonggarkan sekatan perhimpunan awam.
Pendakwa raya negeri memberi amaran pada hari Jumaat bahawa sesiapa yang menghadiri tunjuk perasaan di bandar-bandar di seluruh negara – boleh berdepan penahanan kerajaan antara 20 hingga 50 hari kerana menyertai demonstrasi yang tidak dibenarkan. – AFP