Tuesday, February 25, 2025
22.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Puluhan penunjuk perasaan protes isu terusan Panama

    BANDAR PANAMA, 25 DIS – Penunjuk perasaan di Panama kelmarin membakar gambar Presiden terpilih Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, berikutan ugutannya untuk menuntut kawalan terhadap terusan laut negara itu dikembalikan ke Washington.

    Berpuluh-puluh penunjuk perasaan berkumpul di luar kedutaan AS sambil melaungkan bantahan sementara 20 pegawai polis mengawal perkarangan itu.

    Sebahagian daripada mereka membawa sepanduk yang memprotes tindakan Trump.

    “Rakyat (Panamania) telah menunjukkan mereka mampu memulihkan wilayah mereka dan kami tidak akan menyerahkannya,” kata penunjuk perasaan Jorge Guzman kepada AFP.

    Terusan itu, yang dirasmikan pada 1914, dibina oleh AS tetapi diserahkan kepada Panama pada 31 Disember 1999, di bawah perjanjian yang ditandatangani kira-kira 20 tahun sebelum itu oleh Presiden AS ketika itu, Jimmy Carter, dan Pemimpin Nasionalis Panama, Omar Torrijos.

    “Panama adalah wilayah berdaulat dan terusan di sini adalah milik Panama,” kata ketua kesatuan pembinaan, Saul Mendez, yang menganjur bersama protes tersebut. – AFP

    Penunjuk perasaan semasa mengadakan bantahan di luar kedutaan AS di Panama City pada 24 Disember. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda