Wednesday, July 16, 2025
24.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Puluhan penyu Bali dilepaskan ke laut

    BALI, INDONESIA, 5 OGOS – Puluhan penyu agar telah dilepaskan semula ke laut di Bali hari ini selepas spesies terancam itu diselamatkan daripada pemburu haram di pulau percutian Indonesia.

    Penyu-penyu tersebut antara 36 ekor yang dirampas selepas serbuan bulan lalu yang menyaksikan penangkapan beberapa suspek penyeludup – yang berdepan lima tahun penjara jika disabit bersalah dalam undang-undang perlindungan hidupan liar Indonesia.

    “Diharapkan 25 penyu itu akan selamat dan ia boleh bertelur semula,” kata ketua agensi pemuliharaan Bali, Agus Budi Santosa, menambah bahawa 11 lagi yang diselamatkan akan dilepaskan kemudian. – AFP

    Polis marin melepaskan penyu agar di pantai Kuta dekat Denpasar, Bali pada 5 Ogos. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda