NEW YORK, 1 NOV – Boeing semalam mengumumkan puluhan pesawat popularnya, 737NG, ditarik balik daripada melakukan penerbangan selepas menemui kesan rekahan, memberikan satu lagi tamparan hebat kepada syarikat pengeluar pesawat Amerika Syarikat itu.
Keadaan terbaharu itu menimbulkan masalah yang dihadapi syarikat berkenaan, selepas keuntungan menjunam, diteliti pihak persekutuan dan desakan supaya Ketua Pegawai Eksekutif meletak jawatan susulan nahas maut membabit 737 MAX, pengganti kepada 737NG.
Pesawat kebangsaan Australia, Qantas, berkata ia menemui kesan rekahan pada tiga pesawat 737NG miliknya dan menarik baliknya daripada perkhidmatan untuk tujuan baik pulih, selepas memeriksa 33 buah jet.
Sembilan daripada pesawat itu tidak dibenarkan terbang di Korea Selatan bulan ini, termasuk lima yang dikendalikan Korean Air, menurut pihak berkuasa di Seoul.
Syarikat penerbangan Southwest Airlines menarik balik tiga daripada pesawatnya disebabkan masalah itu.
Beberapa syarikat penerbangan terkemuka berkata, pemeriksaan tidak menemui kesan rekahan pada pesawat mereka. – AFP