Thursday, October 3, 2024
28.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Puluhan ribu adakan perarakan protes di India

    KOLKATA, 2 OKT – Berpuluh-puluh ribu orang membanjiri jalan di salah sebuah bandar terbesar di India selepas doktor meneruskan mogok dan mengadakan perhimpunan baharu berhubung kes rogol dan pembunuhan rakan sekerja.

    Penemuan mayat berusia 31 tahun yang berlumuran darah di sebuah hospital kerajaan di Kolkata dua bulan lalu membangkitkan semula kemarahan seluruh penduduk negara itu terhadap isu keganasan yang kronik terhadap wanita.

    Doktor di bandar timur melancarkan mogok selama berminggu-minggu sebagai tindak balas dan meninggalkan pekerjaan kelmarin, selepas janji kerajaan negeri Bengal Barat untuk meningkatkan keselamatan dan kesejahteraan di hospital tidak dipenuhi.

    Mereka telah disertai oleh beribu-ribu orang dari semua lapisan masyarakat untuk mengadakan perarakan protes besar-besaran kelmarin, di mana ramai daripada mereka membawa bendera India dan ada yang berada di jalanan sehingga subuh hari ini.

    “Kami mahu menghantar mesej bahawa bantahan kami tidak akan berakhir sehingga mendapat keadilan,” kata penganjur perhimpunan, Rimjhim Sinha, 29, kepada AFP semasa perarakan itu.

    Tinggal beberapa hari sahaja lagi sebelum perayaan keagamaan tahunan terbesar yang akan diadakan di bandar Kolkata.

    Sinha berkata berpuluh-puluh kumpulan masyarakat sivil yang menyokong gesaan doktor untuk mengadakan bantahan awam akan menggunakan kesempatan itu bagi menuntut supaya keganasan terhadap wanita dihentikan. – AFP

    Aktivis dan profesional perubatan melaungkan slogan semasa perarakan protes untuk mengutuk tindakan rogol dan pembunuhan seorang doktor di Kolkata pada 1 Oktober. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda