Jumaat, 21 November 2025
24.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Puluhan ribu dokumen pelancong dicuri dari hotel

    ROM, 15 OGOS – Puluhan ribu salinan imbasan pasport dan kad pengenalan milik pelancong dilaporkan dicuri daripada pelayan hotel di Itali sebelum dijual di laman gelap internet (dark web), menurut agensi digital Itali.

    Dalam kenyataan pada Rabu, agensi itu memaklumkan pihaknya mengesan penjualan haram dokumen pengenalan yang dipercayai dicuri daripada hotel-hotel yang beroperasi di negara tersebut.

    Dokumen yang dicuri termasuk imbasan resolusi tinggi pasport, kad pengenalan dan dokumen lain yang digunakan pelanggan ketika proses daftar masuk, dengan jumlah dianggarkan hampir 100,000 salinan.

    Menurut agensi itu, pelaku yang menggunakan nama samaran ‘mydocs’ memberitahu pembeli berpotensi di laman gelap bahawa dokumen berkenaan diperolehnya melalui akses tanpa kebenaran ke sistem komputer antara Jun hingga Ogos 2025.

    Setakat ini, 10 hotel di Itali disahkan terjejas, namun pihak berkuasa tidak menolak kemungkinan jumlahnya lebih besar. Lokasi hotel-hotel terlibat tidak didedahkan.

    Agensi berkenaan turut memberi amaran mengenai risiko terhadap mangsa, termasuk kemungkinan data digunakan untuk menghasilkan dokumen palsu, membuka akaun bank atau melakukan jenayah lain. – AFP

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda