Saturday, March 15, 2025
23 C
Brunei

    Berita Terkini

    Puluhan ribu membantah di Belarus

    MINSK, 31 JULAI – Puluhan ribu penyokong pencabar Presiden Alexander Lukashenko berkumpul di ibu negara Belarus Minsk semalam meskipun tindakan keras yang meningkat ke atas pembangkang.

    Rapat diadakan tatkala pihak berkuasa Belarus menuduh ke-tua pembangkang bersubahat dengan pejuang Rusia untuk mengancam kestabilan negara bekas Soviet itu.

    Penyokong ahli politik baharu Svetlana Tikhanovskaya membanjiri dataran Minsk dalam bantahan pembangkang terbesar di negara bekas Soviet dalam satu dekad, kata wartawan AFP.

    Ribuan orang mengibarkan bendera dan belon dengan lambang kempen pembangkang – tanda kemenangan, genggaman tangan dan hati.

    Pertubuhan hak asasi manusia Vyasna berkata sekurang-kurangnya 63,000 orang hadir semalam.

    Sebelumnya, penyiasat Belarus menuduh suami Tikhanovskaya, blogger, Sergei Tikhanovsky, dan seorang pengkritik berpengaruh, Mikola Statkevich, bekerjasama dengan askar upahan Rusia untuk berkomplot satu rusuhan besar-besaran sebelum pilihan raya pada 9 Ogos.

    Tikhanovsky dan Statkevich telah dipenjarakan sebelum pilihan raya. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda