Sunday, June 30, 2024
23.7 C
Brunei

    -

    Puluhan ribu wang dikumpul untuk gelandangan yang jujur

    THE HAGUE, 26 JUN – Satu kempen dalam talian berjaya mengumpul lebih daripada 34,000 euro untuk seorang gelandangan di Amsterdam yang menyerahkan dompet berisi wang tunai 2,000 euro kepada polis.

    Hadjer Al-Ali yang berusia 33 tahun berkata hidupnya telah ‘berubah sepenuhnya’, menurut laman pembiayaan itu, yang mengumpul AS$36,450 hanya dalam satu hari.

    Hadjer, yang telah tidur di jalanan selama 18 bulan, kini boleh menyewa rumah dengan wang itu, menurut laman web ‘sokong untuk Hadjer yang jujur’.

    Bapa kepada dua anak itu juga menerima banyak mesej daripada orang yang menawarkan pekerjaan kepadanya. Seorang penderma tanpa nama memberikan 750 euro dan pada keseluruhannya, terdapat 2,800 derma.

    Dia menjumpai dompet itu di stesen pusat Amsterdam ketika dia ‘meronda-ronda mencari botol plastik kosong’ untuk ditukar dengan wang tunai.

    Polis berkata dia menyerahkan dompet dengan ‘kira-kira 2,000 euro di dalam tetapi malangnya tiada dokumen pengenalan diri atau apa-apa yang membolehkan kami menghubungi pemiliknya’.

    “Oleh kerana kami berpendapat bahawa kejujuran perlu dibalas dengan ganjaran, dia mendapat hadiah ‘ibu jari perak’ yang kadangkala kami berikan kepada rakyat dan baucar hadiah bernilai 50 euro,” tambah pihak berkuasa. Jika wang itu tidak dituntut dalam tempoh satu tahun, ia akan diberikan kepada penjumpa.

    “Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua orang. Saya tidak dapat menggambarkan perasaan saya pada masa ini… Saya tidak henti-henti menerima kata-kata paling baik dan paling manis daripada orang ramai,” kata Hadjer dalam siaran video di Instagram. – AFP

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    China pecat bekas menteri pertahanan

    BEIJING, 28 JUN - Bekas menteri pertahanan China, Li Shangfu telah dipecat daripada Parti Komunis yang memerintah kerana menyebabkan ‘kerosakan besar kepada puncanya’ melalui...