LOS ANGELES, 6 SEPT – Puluhan orang dipindahkan ke kawasan selamat kelmarin malam selepas terperangkap oleh kebakaran api hutan yang merebak berhampiran dengan empangan terkenal di utara California, menurut pegawai.
Helikopter tentera setakat ini menyelamatkan 63 orang dari Empangan Mammoth Pool di Hutan Nasional Sierra, kira-kira 46 batu timur laut Fresno, menurut jabatan bomba Fresno melalu Twitter.
Dua daripada mereka mengalami kecederaan teruk dan 10 lagi mengalami kecederaan sederhana, tambahnya.
“Pesawat akan meneruskan operasi menyelamat. Masih tidak diketahui berapa ramai lagi,” menurut jabatan bomba.
Pegawai syerif Madera County berkata kira-kira 150 orang masih terperangkap di empangan terkenal tersebut.
“Kru kecemasan dari pelbagai agensi diperlukan untuk fokus kepada tugasan kritikal – menyelamatkan kira-kira 150 orang di tempat perlindungan di Pelancar Bot Mammoth Pool,” menurut pegawai syerif melalui Facebook, memberi amaran orang ramai untuk mengelak kawasan tersebut. – AFP
