Saturday, July 12, 2025
30.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Puluhan warga asing ditahan, disyaki terlibat dengan penipuan dalam talian

    KARACHI, 10 JULAI – Pihak berkuasa antijenayah siber Pakistan kelmarin memaklumkan mereka telah menumpaskan satu rangkaian antarabangsa yang disyaki terlibat dengan penipuan dalam talian, dan menahan kira-kira 150 suspek termasuk 71 warga asing, lapor agensi Anadolu (AA).

    Agensi Siasatan Jenayah Siber Kebangsaan (NCCIA) menyerbu sebuah bangunan di Faisalabad, bandar ketiga terbesar dan hab tekstil negara itu, ‘berdasarkan maklumat risikan’ untuk menahan suspek, termasuk 18 wanita, menurut agensi itu.

    Tahanan berkenaan merangkumi 71 lelaki dan wanita dari Filipina, Nigeria, Bangladesh, Myanmar, Sri Lanka dan Zimbabwe.

    Mahkamah di Faisalabad kemudian memerintahkan semua suspek direman dalam tahanan NCCIA selama lima hari. – Bernama

    Gambar Envato

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda