Wednesday, July 16, 2025
24.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    PUNB, GMI jalin kerjasama dalam pembuatan EV

    KUALA LUMPUR, 2 NOV – Perbadanan Usahawan Nasional Bhd (PUNB) akan memperbanyakkan kursus dan latihan peningkatan kemahiran menerusi kerjasama strategik bersama German-Malaysian Institute (GMI) dalam memberi pendedahan teknologi terkini pembuatan kenderaan elektrik (EV) tahun depan.

    Ketua Pegawai Eksekutif PUNB, Izwan Zainuddin, permintaan terhadap kepakaran untuk servis kenderaan EV dan hibrid dilihat meningkat di Malaysia terutamanya apabila kenderaan tersebut luar daripada tempoh jaminan. 

    “Untuk tahun ini, sebanyak tiga sesi latihan telah dianjurkan melibatkan 60 peserta terdiri dari Rakan Usahawan dan warga kerja PUNB,” katanya selepas Majlis Perasmian Auto Forum 2022 hari ini.

    Inisiatif ini juga sebagai langkah sokongan PUNB terhadap kerajaan dalam industri automotif yang memfokuskan kepada penggunaan EV selaras dengan Dasar Automotif Nasional 2020 dalam usaha mencapai sebuah negara bebas karbon menjelang 2050. – Bernama

    Gambar fail menunjukkan kenderaan elektrik mengecas pada pengecas yang dipasang pada tiang di Los Angeles. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda