Saturday, March 15, 2025
32.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    PUNB sasar pembiayaan RM100j

    KOTA KINABALU, 1 Okt – Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) mensasarkan penyaluran RM100 juta pembiayaan pinjaman kepada usahawan di Sabah bagi tempoh enam bulan pertama2018, kata Pengerusinya Tan Sri Mohd Ali Mohd Rustam.

    Beliau berkata, oleh itu, PUNB menggalakkan usahawan Sabah mengambil peluang memohon pembiayaan skim keusahawanan yang ditawarkan pihaknya bagi membolehkan mereka memperolehi modal untuk mengembangkan perniagaan.

    “PUNB berharap pada tahun ini dan tahun depan jumlah pembiayaan pinjaman kepada usahawan Sabah dapat dipertingkatkan,” katanya kepada pemberita selepas perasmian program Prospenita PUNB 2017 peringkat negeri Sabah oleh Ketua Menteri Tan Sri Musa Aman di sini, hari ini.

    Program itu turut dihadiri Ketua Pegawai Eksekutif PUNB Datuk Azhar Ahmad dan Pengerusi Program Prospernita PUNB, Datuk Jamelah A. Bakar.

    Tan Sri Musa Aman (kiri) bersama Pengerusi Permodalan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) Tan Sri Mohd Ali Rustam (dua kiri) mellihat produk tempatan ‘Tuhau’ yang diusahakan oleh Nur Nazlyn daripada Nur Enterprise sempena pelancaran Program Prospernita PUNB 2017 Peringkat Negeri Sabah kelmarin. – Bernama

    Mohd Ali berkata Sabah menawarkan banyak industri yang berpotensi untuk dibangunkan termasuk sektor hospitaliti.

    Beliau berkata, berdasarkan data skim keusahawan PUNB setakat 15 Sept lepas, pembiayaan PUNB kepada usahawan di Sabah masih lagi rendah iaitu RM48 juta daripada jumlah keseluruhan pembiayaan yang diluluskan di seluruh negara sebanyak RM2.7 bilion.

    Selain itu, beliau berkata, pihaknya akan memperluaskan operasi PUNB di Sabah menerusi pembukaan cawangan baharu masing-masing di Inanam pada November ini, dan Tawau pada Januari 2018 dengan masing-masing menempatkan 10 kakitangan.

    Penubuhan cawangan baharu itu bertujuan memudahkan usahawan dan bakal usahawan di Sabah mendapatkan maklumat terkini skim pembiayaan PUNB secara terus dan mempercepat lagi proses permohonan pembiayaan mereka, sekali gus memastikan sasaran agensi tercapai.

    Ketika ini, cawangan PUNB di Sabah beroperasi di Pusat Transformasi Bandar (UTC), Kota Kinabalu.

    Sementara itu, Musa berkata, program Prospenita anjuran PUNB dengan kerjasama IKSnita Sabahtersebut adalah landasan terbaik bagi menarik lebih ramai usahawan khususnya wanita mengambil peluangyang disediakan agensi tersebut dalam usaha meningkatkan lagi pengetahuan dan kemahiran perniagaan. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda