Thursday, December 26, 2024
25.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Punca kebakaran bangunan bersejarah Borsen kekal misteri

    COPENHAGEN, 12 NOV – Polis Copenhagen hari ini memaklumkan bahawa punca kebakaran yang merosakkan bangunan bekas bursa saham bersejarah kota itu masih tidak dapat dikenal pasti, namun mereka menolak kemungkinan unsur jenayah selepas menutup siasatan.

    Separuh daripada bangunan Borsen abad ke-17 itu musnah dalam kebakaran yang berlaku pada awal pagi 16 April, menyebabkan menara setinggi 54 meter musnah dan menara setinggi 54 meter runtuh, mengejutkan rakyat Denmark.

    “Tidak dapat dipastikan punca kebakaran di bangunan bursa saham bersejarah tersebut,” kata polis dalam satu kenyataan.

    “Tiada sebarang bukti yang menunjukkan kebakaran itu disebabkan perbuatan jenayah,” tambah kenyataan itu.

    Sepanjang hampir tujuh bulan siasatan, polis menjalankan penilaian teknikal, meneliti rakaman kamera pengawasan serta menyoal saksi, namun tiada sebarang petunjuk mengenai punca kebakaran ditemui.

    Bangunan Borsen, yang merupakan salah satu mercu tanda tertua dan paling dikenali di ibu kota Denmark, menempatkan Dewan Perniagaan Denmark serta koleksi seni yang besar, di mana Ratusan karya seni berjaya diselamatkan daripada kebakaran itu.

    Pada akhir September, Raja Denmark, Frederik X, merasmikan pembinaan semula bangunan bersejarah itu. – AFP

    Gambar AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda