Friday, January 17, 2025
23.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Punca kebakaran belukar di Queensland disiasat

    SYDNEY, 1 NOV – Polis Australia sedang menyiasat punca kebakaran belukar di empat lokasi di wilayah Sunshine Coast Queensland, sejak dua minggu lalu memandangkan puncanya mencurigakan.

    Polis Queensland dalam satu kenyataan berkata kebakaran di Beerah sekitar pukul 10:30 pagi waktu tempatan berhampiran Jalan Stokes pada Ahad sengaja dilakukan.

    Satu lagi insiden kebakaran pada Sabtu di kawasan Beerwah – Landsborough juga sedang disiasat, lapor Xinhua.

    Kebakaran yang dilihat semakin merebak menyebabkan pengisytiharan darurat dibuat di bawah Akta Pemeliharaan Keselamatan Awam lewat malam yang sama.

    Pegawai juga sedang menyiasat sama ada kebakaran rumput dicetuskan dengan sengaja di Jalan Sattler, Meridan Plains pada 23 Oktober sekitar pukul 9 malam waktu tempatan, selepas seorang pelaku cuba pecah masuk ke sebuah perniagaan dengan memotong kunci pagar.

    Selain itu, kebakaran hutan di Beerwah pada 21 Oktober juga dianggap sebagai mencurigakan.

    Pegawai juga sedang menyiasat mengenai dua lagi insiden kebakaran pada 21 dan 23 Oktober lalu.

    Menurut kemas kini terbaharu kerajaan Queensland, terdapat 76 kebakaran aktif di seluruh negeri setakat pukul 6:30 pagi waktu tempatan hari ini, dengan 58 struktur rosak di Western Downs. – Bernama

    Anggota bomba telah memadamkan kebakaran yang telah menghanguskan bandar Tara negeri Queensland selama lebih dari seminggu. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda