Saturday, May 10, 2025
24.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Punca kematian Harry Morton dikenal pasti

    Punca kematian pengasas Pink Taco, Harry Morton telah ditentukan sebagai aritmia jantung, menurut Penyiasat Persekutuan Los Angeles (LA).

    Pengasas Hard Rock dan Pink Taco, Harry Morton meninggal dunia selepas mengalami degupan jantung yang tidak teratur, menurut laporan bedah siasat dari pejabat Penyiasat Persekutuan LA. Harry, 38, mengalami keadaan yang dikenali sebagai aritmia jantung, disebabkan pengerasan arteri, kata laporan pegawai penyiasat yang diperoleh oleh media.

    Usahawan yang pernah memiliki hubungan dengan Lindsay Lohan tersebut ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri di rumahnya di Los Angeles pada November 2019, dan dikatakan meninggal dunia di tempat kejadian oleh paramedik. Laporan pegawai penyiasat itu menyuarakan apa yang dikatakan oleh keluarga Harry kepada TMZ pada 26 November, tiga hari selepas kematiannya: bahawa dia telah meninggal dunia akibat masalah jantung.

    Keluarga mendiang menyatakan pada ketika Harry meninggal dunia adalah akibat penyakit arteri koronari dan “jantung yang agak besar.”

    Mereka juga mendakwa bahawa seorang doktor mengesahkan bahawa pengoksidaan dalam tiga arteri utamanya, yang menyebabkan serangan jantung tiba-tiba. – Agensi

    Punca kematian Harry Morton dikenal pasti sebagai aritmia jantung. – Agensi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda