Wednesday, March 5, 2025
23.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pupuk amalan baca Al-Quran melalui tadarus

    Oleh Yusrin Junaidi –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 4 MAC – Bahagian Hal Ehwal Muslimah, Jabatan Hal Ehwal Masjid, Kementerian Hal Ehwal Ugama dengan kerjasama ahli Jawatankuasa Takmir Masjid Az-Zakireen Meragang, pagi tadi mengendalikan Majlis Tadarus bagi Kelas Bimbingan Muslimah Seluruh Negara Sempena Tadarus Al-Quran di Bulan Ramadan Tahun 1446 Hijrah/2025 Masihi bertempat di masjid tersebut.

    Majlis tersebut ada sebagai cara untuk memeriahkan lagi masjid dengan majlis-majlis bertadarus bagi menyemarakkan suasana bulan yang penuh rahmat ini dan bertujuan untuk menggalakkan para muslimah agar terus mengamalkan bacaan Al-Quran sehingga khatam di samping melazimkan diri dengan memperbanyakkan amal ibadah di bulan Ramadan.

    Majlis seumpama itu juga diharap akan dapat mengeratkan lagi silaturahim sesama Muslimah sekali gus meraih ganjaran pahala berlipat ganda daripada Allah SWT.

    Hadir bagi memeriahkan majlis berkenaan ialah pegawai-pegawai dari Jabatan Hal Ehwal Masjid, Muslimah Masjid Az-Zakireen Meragang serta para peserta tadarus yang mewakili masjid-masjid seluruh negara.

    Antara yang hadir ke Majlis Tadarus Al-Quran di Masjid Az-Zakireen, Meragang. – GAMBAR OLEH YUSRIN JUNAIDI
    GAMBAR OLEH YUSRIN JUNAIDI

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda