Ahad, 23 November 2025
27.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pupuk gaya hidup sihat melalui sukan boling

    Oleh Nurdiyanah R. – 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 31 JULAI – Ke arah sama-sama mewujudkan gaya hidup sihat sambil mengeratkan silaturahim, ahli Jawatankuasa Sukan, Pusat Kegiatan Warga Emas (PKWE) Daerah Brunei dan Muara telah mengadakan Perlawanan Boling sempena Sambutan Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ke-78 di Utama Bowling Centre, Batu Satu, baru-baru ini.

    Hadir selaku tetamu kehormat ialah ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Haji Daud bin Jihan selaku Ketua Kampung Belimbing dan isteri, Hajah Salmah binti Haji Gafar.

    Turut hadir ialah Pemangku Timbalan Pengarah Pembangunan Masyarakat, Dayang Mirany Floridzah binti Abdul Rahman; Pegawai Kaunseling dan Ketua Unit Warga Emas, Awang Haafiz bin Kifle dan para penuntut Universiti Teknologi Brunei (UTB).

    Dalam perlawanan berkenaan, pemenang bagi Peserta Lelaki Top Score ialah Pengiran Haji Malik bin Pengiran Haji Sarifuddin dengan jumlah jatuhan pin 119 mata, manakala pemenang bagi Peserta Perempuan Top Score ialah Dayang Rokiah binti Haji Tahir (117 mata).

    Pemenang bagi Peserta Lelaki Strikes dan Peserta Perempuan Strikes masing-masing ialah Haji Bangok bin Kula dan Hajah Salbiah binti Haji Mohd Salleh.

    Gambar ramai Yang Berhormat Haji Daud bersama ahli-ahli PKWE Daerah Brunei dan Muara. – GAMBAR SERAHAN PKWE DAERAH BRUNEI DAN MUARA

    Bagi pemenang Peserta Perempuan Perseorangan, johan disandang oleh Dayang Rokiah binti Haji Tahir, manakala naib johan dan tempat ketiga ialah Hajah Masalam binti Haji Rauo dan Hajah Salbiah binti Haji Mohd Salleh.

    Sementara itu, pemenang Peserta Lelaki Perseorangan, johan disandang oleh Pengiran Haji Malik bin Pengiran Haji Sarifuddin, manakala Haji Mohd Yussof bin Mohd Salleh dan Haji Abu Bakar bin Burut, masing-masing naib johan dan tempat ketiga.

    Pemenang bagi Peserta Perempuan Berkumpulan pula, johan ialah Bunga Melor (341 mata), manakala Teratai Biru (331 mata) selaku naib johan dan tempat ketiga ialah Salasihku Sayang (303 mata).

    Pemenang bagi Peserta Lelaki Berkumpulan, johan disandang oleh Istana Menanti (404 mata), manakala naib johan ialah Bintang Kejura (396 mata), Semangat Juang di tempat ketiga (380 mata) dan tempat keempat ialah Sinar Cahaya (349 mata).

    Majlis diakhiri dengan penyampaian hadiah kepada pemenang peserta lelaki yang disampaikan oleh tetamu kehormat, manakala pemenang peserta perempuan disampaikan oleh isteri tetamu kehormat.

    Sementara itu, penyampaian cenderamata kepada tetamu kehormat dan isteri telah disampaikan oleh Pengurus PKWE Daerah Brunei dan Muara, Haji Mohd Yussof bin Mohd Salleh dan Penolong Pengurus PKWE Daerah Brunei dan Muara, Hajah Fatimah binti OKSU Haji Basah.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda