Ahad, 23 November 2025
24.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pupuk jiwa kesukanan murid SR YSHHB

    Oleh Nurdiyanah R. –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 6 MEI – Demi memupuk jiwa kesukanan sekali gus mendidik betapa pentingnya nilai kesihatan dalam kehidupan sehari-hari, Sekolah Rendah Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah (SR YSHHB) telah mengadakan acara tahunan rentas desa yang melibatkan kira-kira 1,000 orang murid, baru-baru ini.

    Rentas desa yang diungkayahkan oleh Bahagian Aktiviti Kokurikulum di kawasan sekolah berkenaan itu telah dilancarkan oleh Pengetua SR YSHHB, Hajah Mariam binti Haji Ladi sekali gus turut menyampaikan hadiah-hadiah kepada para pemenang di akhir acara.

    Acara sihat berkenaan telah menyaksikan para pelajar berlari sejauh 0.9 kilometer bagi Kategori A (Tahun 1 dan 2), manakala itu, Kategori B (Tahun 3 dan 4) dan Kategori C (Tahun 5 dan 6) pula sejauh 1.6 kilometer.

    Dengan penganjuran rentas desa itu, ia bukan sahaja semata-mata memperkasakan jiwa kesukanan dan kesihatan bersama namun ia turut mencetuskan nilai-nilai positif dalam keperibadian murid-murid khususnya persaingan secara sihat untuk meraih kejayaan.

    Di samping itu, acara itu turut mewujudkan semangat perpaduan dalam kalangan warga sekolah dan para ibu bapa atau penjaga murid yang dilihat hadir untuk memberikan sokongan semasa berlangsungnya maraton mini berkenaan.

    Hajah Mariam semasa menyampaikan hadiah-hadiah kepada para pemenang di akhir acara rentas desa tersebut. – GAMBAR SERAHAN SR YSHHB
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda