Sunday, July 13, 2025
30.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pupuk kecintaan terhadap Rasulullah SAW

    BANDAR SERI BEGAWAN, 14 NOV – Dalam usaha memupuk kecintaan terhadap Rasulullah SAW dan sempena memperingati hari keputeraan Baginda, Jabatan Majlis-majlis Mesyuarat telah mengadakan majlis dikir di surau jabatan tersebut hari ini.

    Majlis anjuran Badan Kebajikan dan Sukan disemarakkan dengan bacaan Dikir Asrakal beramai-ramai oleh warga jabatan dan diteruskan dengan bacaan Doa Kesyukuran
    Hadir ke majlis tersebut ialah Setiausaha Majlis Mesyuarat Menteri-menteri Kabinet dan Jurutulis Majlis-majlis Mesyuarat, Yang Dimuliakan Pehin Orang Kaya Pekerma Jaya Dato Paduka Haji Judin bin Haji Asar dan para pegawai dan kakitangan jabatan tersebut.

    Majlis antara lain bertujuan menyemarakkan sambutan Maulidur Rasul, di samping memperingati perjuangan Rasulullah SAW dalam menegakkan syiar Islam. Melalui aktiviti-aktiviti ibadah ini juga, ia diharap mengeratkan lagi hubungan silaturahim di kalangan warga jabatan tersebut.

    Warga Jabatan Majlis-majlis Mesyuarat sama-sama melaungkan dikir pada majlis itu.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda