Wednesday, July 3, 2024
23.2 C
Brunei

    -

    Pupuk kefahaman, hubungan keusahawanan

    Oleh Sim Y. H. –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 24 JUN – Dalam usaha memupuk hubungan keusahawanan dan kefahaman bersama antara Negara Brunei Darussalam dan Timor-Leste, Persatuan Usahawan Muda Brunei (YEAB) mengalu-alukan Duta Republik Demokratik Timor-Leste ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Abel Guterres bersama delegasi 10 orang dari Future Lider Ba ASEAN (FLBA) ke persatuan berkenaan di Maven’s Hive, Kiulap pada 22 Jun lalu.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh YEAB, di sini, semasa kunjungan berkenaan, Presiden YEAB, Goh Chai Li menyampaikan taklimat mengenai penubuhan persatuan, pembangunan dan pelbagai aktiviti serta acara yang dianjurkan untuk mempromosikan keusahawanan.

    Taklimat itu mengetengahkan pakej keahlian yang menawarkan pelbagai peluang rangkaian dan sumber ekstensif kepada usahawan-usahawan sedia ada serta mereka yang berminat.

    Semasa sesi perbincangan, delegasi berkenaan diberikan penerangan mengenai aspek operasi YEAB, strategi bagi mengekalkan komuniti keusahawanan yang mampan serta pandangan yang berharga dan kefahaman mendalam tentang landskap keusahawanan di Brunei.

    Acara itu juga menyediakan sesi yang produktif bagi ahli-ahli YEAB dan delegasi FLBA untuk berkongsi pengalaman perniagaan mereka serta menjalinkan hubungan yang bernilai di antara kedua-dua pihak.

    Ahli-ahli YEAB berpeluang memberikan penerangan mengenai perusahaan mereka, bertukar-tukar ilmu pengetahuan dan mempelajari mengenai landskap ekonomi serta demografi Timor-Leste.

    YEAB yakin hubungan yang dijalin semasa lawatan berkenaan akan mengukuhkan lagi hubungan bersama komuniti keusahawanan Timor-Leste serta menyediakan landasan bagi mengembangkan lagi ruang untuk kolaborasi berpotensi yang akan memberikan manfaat kepada kedua-dua buah negara.

    Goh Chai Li semasa menyampaikan taklimat kepada delegasi berkenaan. – GAMBAR SERAHAN YEAB
    GAMBAR SERAHAN YEAB
    GAMBAR SERAHAN YEAB

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Kira-kira 115,000 pelarian Afghanistan dari Pakistan, Iran pulang ke tanah air

    KABUL, 2 JULAI – Kira-kira 115,000 pelarian Afghanistan dari Pakistan dan Iran telah pulang ke negara asal mereka sejak sebulan lalu, menurut Kementerian Pelarian...