Tuesday, March 4, 2025
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pupuk kefahaman, pengetahuan OKP tentang anti doping

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 3 MAC – Sesi taklimat Anti Doping yang dianjurkan oleh Jawatankuasa Anti Doping Brunei Darussalam (BDADC) dengan kerjasama Persatuan Orang Kurang Pendengaran (OKP) telah diadakan baru-baru ini di Ibu Pejabat OKP di Kampung Anggerek Desa.

    Taklimat yang julung kali diadakan bersama agensi kerajaan itu antara lain bertujuan untuk mendekatkan warga orang kelainan upaya (OKU) pendengaran khusus dalam kalangan atlit-atlit OKP yang terlibat langsung dengan aktiviti kesukanan. Selain itu, ia juga bertujuan untuk memberikan kefahaman serta ilmu pengetahuan tentang tatacara pengambilan ubat-ubatan secara teratur dan dibenarkan untuk diguna pakai apabila atlit tersebut terlibat sepenuhnya dalam apa jua aktiviti kesukanan.

    Taklimat tersebut telah disampaikan oleh Awang Mohamad Irwan Shah bin Ladi dan Dayang Hetty Hartini binti Talip yang masing-masing dari BDADC.

    Turut hadir, Yang Di-Pertua OKP, Pengiran Haji Norahalim BPHA Rahman, bersama ahli jawatankuasa tertinggi (AJKT) dan biro-biro OKP.

    Pengiran Haji Norahalim bersama ahli AJKT dan Biro-Biro OKP begambar ramai semasa sesi taklimat tersebut.
    Antara yang menghadiri taklimat itu.

     

     

     

     

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda