Tuesday, November 26, 2024
28.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pupuk kefahaman tentang pentadbiran cukai

    Oleh Salawati Haji Yahya –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 13 NOV – Kementerian Kewangan dan Ekonomi (MOFE) melalui Bahagian Hasil telah mengadakan Sesi Pemberigaan Cukai Pendapatan Korporat yang berlangsung di Bilik Serbaguna 2, Tingkat 3, Island Block, MOFE, kelmarin.

    Antara lain tujuan pemberigaan tersebut adalah bagi meningkatkan kefahaman kepada syarikat mengenai pentadbiran cukai di negara ini serta membantu syarikat untuk meningkatkan kesedaran terhadap pematuhan Cukai Pendapatan Korporat.

    Sesi pemberigaan berkenaan telah disampaikan oleh Pegawai Kewangan dari Bahagian Hasil, MOFE, Dayang Nooralia Azahra binti Haji Buang.

    Beliau antara lain menjelaskan secara menyeluruh tentang cukai pendapatan korporat termasuk basis of assessment, pematuhan cukai, perkiraan cukai dan pemfailan cukai selaras dengan Akta Cukai Pendapatan, Penggal 35.

    Dayang Nooralia Azahra semasa sesi pemberigaan pada acara tersebut. – GAMBAR SERAHAN MOFE
    GAMBAR SERAHAN MOFE

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda