Ahad, 23 November 2025
Klik Lagi

    Pupuk kemahiran fotografi belia Brunei

    Oleh Sim Y. H. – 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 30 OGOS – Seramai 12 jurugambar muda berbakat diraikan dalam Majlis Penyampaian Hadiah atas kejayaan mereka dalam Peraduan Fotografi Junior yang berlangsung di Airport Mall, hari ini.

    Hadir menyempurnakan penyampaian hadiah kepada para pemenang muda berbakat ialah Setiausaha Tetap (Pendidikan Teras), Kementerian Pendidikan, Dr Shamsiah Zuraini Kanchanawati binti Haji Tajuddin.

    Turut hadir, Pengarah Urusan Perbadanan Tabung Amanah Islam Brunei (TAIB), Datin Hajah Hasnah binti Haji Ibrahim; Pengarah Urusan Darussalam Holdings Sdn Bhd, Haji Mahmud bin Haji Mohamed; Pemangku Pengarah Urusan Insurans Islam TAIB Holdings Sdn Bhd, Haji Mohammad Yusreza bin Haji Mohd Yussin; Pemangku Pengarah Jabatan Sekolah-sekolah, Kementerian Pendidikan, Hajah Marina Chek binti Bujang; wakil dari Syarikat Interhouse, peserta, ibu bapa dan para jemputan.

    Pada majlis berkenaan, 12 orang jurugambar muda yang terpilih setiap seorang menerima hadiah wang tunai bernilai $250 dalam bentuk Akaun Purpose Saver- Education.

    Sementara itu, tiga pemenang bagi gambar terbaik turut menerima hadiah tajaan Syarikat Interhouse di mana tiga pemenang berkenaan ialah Dayang Haizum Naeema binti Sanip dari Pusat Tingkatan Enam Belait; Awang Muhammad Asnawi bin Haji Sari dari Pusat Tingkatan Enam Tutong; dan Dayang Nur Haziqah Erdina binti Mohammad Khairol Hadizam dari Maktab Sains Paduka Seri Begawan Sultan.

    Peraduan Fotografi Junior anjuran Perbadanan TAIB bertujuan untuk memupuk dan mempamerkan kemahiran fotografi belia Brunei dimana ia terbuka kepada pelajar dari peringkat Tahun 7 hingga prauniversiti.

    Dengan membawa tema, Celebrate through the Lens: Capture the Joy of His Majesty’s 78th Birthday Celebration, para peserta digalakkan menggunakan kreativiti dan kemahiran fotografi masing-masing untuk merakamkan detik-detik ceria sepanjang bulan keputeraan Baginda Sultan tahun ini.

    Peraduan yang berlangsung dari 8 Julai hingga 9 Ogos lalu mendapat sambutan yang memberangsangkan dengan 114 pelajar menyerahkan 255 gambar inspirasi di mana daripada jumlah berkenaan 12 keping dipilih untuk menerima hadiah bagi peraduan berkenaan.

    Dr Shamsiah Zuraini Kanchanawati, Datin Hajah Hasnah dan para jemputan khas bergambar ramai bersama 12 orang jurugambar muda berbakat yang diraikan di majlis berkenaan. – GAMBAR OLEH SIM Y. H.
    Dr Shamsiah Zuraini Kanchanawati melihat dengan lebih dekat gambar yang terpilih dalam peraduan berkenaan. – GAMBAR OLEH SIM Y. H.
    Dr Shamsiah Zuraini Kanchanawati menyampaikan hadiah kepada pemenang penyertaan terbaik peraduan, Dayang Haizum Naeema. – GAMBAR OLEH SIM Y. H.

    Kata Kunci

    Popular

    Asia Pasifik

    Hutan Hyrcanian UNESCO terbakar, Iran rayu bantuan antarabangsa

    Deaflympics 2025: Malaysia pecah rekod dalam acara 4x100m

    Angka korban gempa bumi di Bangladesh meningkat kepada 10

    Berita Berkaitan

    Sisa makanan jadi bahan utama kebun komuniti lestari

    Oleh Soon Li Wei KUALA LUMPUR, 23 NOV - Di tengah-tengah hiruk...

    Persatuan Pediatrik Brunei anjur sambutan Hari Kanak-Kanak Sedunia

    Oleh Yusrin Junaidi BANDAR SERI BEGAWAN, 23 NOV- Persatuan Pediatrik...

    Kejohanan boling rai 69 tahun pendidikan ugama formal

    Oleh Yusrin Junaidi BANDAR SERI BEGAWAN, 23 NOV - Seramai...

    3 pelajar ke Jepun dalami pengajaran bencana tsunami

    Oleh Sim Y. H. BANDAR SERI BEGAWAN, 23 Nov- Sekumpulan...

    Terkini

    Hutan Hyrcanian UNESCO terbakar, Iran rayu bantuan antarabangsa

    TEHRAN, 23 NOV - Iran telah meminta bantuan luar...

    Deaflympics 2025: Malaysia pecah rekod dalam acara 4x100m

    TOKYO, 23 NOV - Walaupun gagal menempah slot ke...

    Angka korban gempa bumi di Bangladesh meningkat kepada 10

    DHAKA, 23 NOV - Dua gegaran kecil melanda Bangladesh...

    WHO isytihar wabak polio di Indonesia berakhir

    JAKARTA, 23 NOV - Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah...